Isnin, 29 April 2013

jom kita renung bersama

     Apakah pilihan raya kita menjatuhkan kerajaan. Sekarang adalah kerajaan sementara , bermakna tiada kerajaan.Kerajaan tak bertanding dlam PRU. yang bertanding adalah PARTI PARTI politik. Bukan nak jatuhkan kerajaan tapi nak LANTIK kerajaan.Kenapa kita perlu memilih kerajaan yang benar-benar dapat mentadbir negara. Tanggung jawab setiap rakyat yang mendaftar sebagai pemilih wajib menentukan kerajaan yang bertanggung jawab.



Apakah kisah ini sekadar penyedap telinga







kenapa 13 mei berlaku



adakah budaya ini akan berterusan berlaku ..

Khamis, 25 April 2013

kenapa jadi ganas


Bila mendengar ucapan Mahathir , Hishammudin , Najib di tv3 tadi tertanya kepada siapa tujuan ayat itu . Adakah sebelum ini di tayangkan insiden sabotaj bilik gerakan pakatan rakyat . Jelas maksud ayat tersebut mengarah kepada pihak pakatan.
Sebelum ini pemimpin manakah yang sering bercerita berkaitan keganasan dalam pru 13. Sejauh mana pihak keselamatan mengambil serius ucapan pemimpin - pemimpin yang sering bercerita hal rusuhan dan keganasan. Dalam utusan malaysia penuh cerita berkaitan bn . Ia bukan lagi akhbar bebas tetapi nyata milik bn / umno penuh. Kesah penyokong pakatan di tetak dengan parang juga tidak di siarkan .Bilik gerakan pakatan juga dibakar.


Berita biarlah adil buat semua .

Bilik gerakan PAS UPU Felcra Nasarudin , Bota , Perak dibakar sekitar 5.45am...









Ini sebahagian yang di selitkan utuk di fikirkan.

Isnin, 22 April 2013

Rakyat Membentuk Kerajaan

RAKYAT MEMBENTUK KERAJAAN

Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia    Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus.[ rujuk di sini ]

Memilih Pemimpin


  •               Pengurusan pentadbiran negeri - negeri  di bawah  Pakatan Rakyat menunjukan perestasi lebih baik.Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
  • Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan (2011)


    Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad .Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. ( 2011)

         ZON BEBAS PELABUHAN KLANG (PKFZ

        NATIONAL FEEDLOT CORPORATION

      Juga pengundi  melihat beberapa isu yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan yang lepas. Antara isu - isu yang sering di tonjolkan adalah ....

    Penggunaan Kalimah ALLAH olih non muslim. Adakah BN / UMNO tidak berani mengaku membenarkan INJIL VERSI MELAYU ( dari Indonesia ) di bawa masok semasa PRU Serawak pada 2010. Muzakarah 21 Jan 2013 di IKIM juga tidak ada resolusi dan hujan PAS dan PKR di jadikan alat untuk menuding jari.

  • UMNO MENIPU ISU KALIMAH ALLAH


Bala


Ahad, 21 April 2013

calon bebas untung dan rugi

    Calon bebas ... kenapa ramai muncul calon bebas. Adakah sengaja ingin menjadi calon atau pergolakan dalaman parti.  Ada pandangan berpunca dari calon luar kawasan. Ada pandangan berpunca calon yang tidak di terima  ramai. Ada pandangan berpunca  dari pemilihan parti selepas ini. Kerana banyak parti akan mengadakan pemilihan selepas PRU 13 ini.

calon parlimen hulu selangor
Kalau calon parlimen dari luar kawasan , mungkin bolih senang di terima kerana parlimen akan menjadi ahli dewan rakkyat. Mungkin ada sebab untuk di tarik ke kabnet. Atau calon tempatan tidak mempunyai kelulusan dan jawatan yang setaraf yang di perlukan. Adakah semua tempat demikian. Mungkin ada juga anak tempatan yang berjawatan tinggi dalam parti . Tetapi masih tidak di pandang sebagai kelayakan untuk menjadi calon. Sebab - sebab lain hanya kepimpinan dalaman yang tahu.Ini berlakunya penolakan calon dari luar  seperti ini .




calon dun batang kali
Bagaiman pula sesetengah tempat meletakan calon tempatan.Ada yang meluahkan penyelaras DUN sebelum ini berkhidmat dengan baik  . Bagi DUN yang mempunyai penyelaras . Ada juga menyatakan ADUN /  Parlimen  sebelum ini baik dan masih baru. Bagi yang mempunyai adun / parlimen yang masih baru. Mungkin betul juga luahan mereka.Jika alasan kelulusan di utarakan , kenapa sebelum ini mereka ini tidak di tonjolkan. Ada juga calon-calon yang telah di calonkan di ceritakan mempunyai beberapa masalah tapi masih juga di calonkan. Jika lihat komen yang telah di siarkan ... mesti ada juga kebenaran dari luahan hati mereka.

     Jika pemimpin bersuara akan memecat calon-calon bebas ini dari parti ...ahli parti pasti akan menanyakan senarai ahli parti yang pernah bermasalah., terdapat calon yang di calonkan tidak mendaftarkan diri sebagai calon. Ada yang masuk dan keluar parti sesuka hati Tapi parti masih menghormati mereka. Contoh senarai ahli BN yang jadi calon bebas ( sumber )

  • Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
  • Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor, DUN Sungai Dua
  • Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
  • Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
  • Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
  • Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu
  • Ahli UMNO, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
  • AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
  • Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang
  • AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir
  • Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
  • Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
  • Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
  • Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
  • Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
  • Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
  • Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu
  • Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu



Sabtu, 20 April 2013

Sembang Hulu Selangor PRU13

Hari ini penamaan calon PRU 13. Saja ke Kuala Kubu Baru untuk berjumpa rakan-rakan. Aku lebih suka mengikut sebagai pemerhati sahaja. Tiba di pekan Kuala Kubu Baru agak lewat. Park kereta jauh juga di pekan. Lihat kawalan keselamat cukup baik teratur. Tahniah pada pihak berkuasa.Jarak antara dua pihak agak jauh . Mereka yang memakai pakaian yang ketara bagi sesuatu parti di halang dari memasoki kawasan pihak lain
.
Rakan rakan BN
Bila sampai  aku di tegur olih beberapa rakan  yang sedang minum , dari bebarapa jabatan termasok juga anggota keselamatan dan aku pun turut serta minum.Memang tidak semeriah PRK kerana  menjadi tumpuan dari pihak luar .Lihat situasi yang ada , adakah BN betul - betul dalam keadaan kukuh Dengan mudah mengekalkan  Hulu Selangor di tangan BN . Atau satu pilihan raya yang sengit dengan persaingan dalaman. Nampak PKR seperti berpecah teruk , namun bagaimana dengan BN sendiri. Aku tidak sempat mengambil senarai calon yang bertanding  BEBAS kerana ada hal lain.

Yang ni rakan - rakan pemerhati






Aku bertanya rakan ku , isteri mana selalu mereka bersama. Jawabnya  " isteri dengan kumpulan BARISAN, anak dengan kumpulan  PKR dan dia ikut kumpulan BEBAS.Tidak sempat pulak bertanya kumpulan bebas mana yang dia ikut. Jelasnya dalam satu rumah undi pun berpecah juga. Itulah negara demokrasi , tidak semesti fikiran sama. Ramai pemimpin pun tidak sama fahaman politik dalam keluarga mereka.Mungkin ini memeningkan lagi kepala parti parti yang bertanding. Siapakah sebenar yang penyokong mereka untuk mendapatkan undi .



Anggota Polis menjalankan tugas , tahniah dan terima kasih
Sahabat ku " Mat Jepun " menjalankan tugas. Ada anak muda memakai pakaian " GBFM " untuk mencari rakannya. Serba salah dengan halangan pihak polis , namum bila aku cakap tidak mengapa kerana baju dia tidak menampakan lambang parti bolih kesana. Rupanya rakan dia bersama kumpulan BEBAS. Ada yang mengaku sebagai penyokong PKR tapi undi akan di beri kepada BN. Ini satu markah bonus buat BN bahawa tidak semua PKR akan mengundi calon PR ... Bagaimana pula dengan penyokong BN sendiri adakah undi ada yang lari ??.

Sebagai rakyat Malaysia aku amat berharap pilihanraya ke 13 ini  berjalan lancar , yang berjaya sebagai wakil rakyat akan menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat , tidak tertumpu untuk parti dan rakan rakan keliling.

 
calon parlimen
calon kuala kubu baru - ramai yang minat rupanya
calon dun batang kali
calon hulu bernam - x jadi 3 penjuru

Rabu, 17 April 2013

3 penjuru di Hulu Selangor

     Semakin sahih bualan menyatakan pertandingan 3 penjuru di Hulu Selangor. Parlimen , Dun Batang Kali dan Dun Hulu Bernam bakal bertanding 3 penjuru. Anehnya Dun Kuala Kubu Baru masih 2 penjuru. Agaknya tak ramai yang berminat .... hee hee heee.
     Adakah ini kerana  bantahan calon dari Pakatan Rakyat , mungkin juga dari UMNO sendiri. Kalau  PKR buat bantahan calon , tentulah kerusi Parlimen dan Dun Batang Kali sahaja. Ini termasok Dun Hulu Bernam.Sesuatu yang menarik pada PRU kali ini . Jika dahulu di Parlimen Hulu Selangor terkenal dengan calon LILIN  kini apa pula lambang yang di gunakan.
     Apa pun tunggu sehingga hari penamaa calon untuk kepastian dan kesahihan bualan kedai kopi.



     Apakah punca terjadi begini .... mana - mana pemimpin parti  perlu ambil perhatian .

Ahad, 14 April 2013

Perubahan Minda di PRU 13

     Kita akan menghadapi pilihanraya kali ke 13 pada 5 Mei 2013. Adakah rakyat benar - benar faham hak dan kewajiban sebagai pemilih berdaftar. Kenapa kita membuat pilihanraya.  Ini kerana setiap 5 tahun kita akan memilih wakil untuk  mentadbir negara atau pun negeri. Yang penting hak rakyat sebagai pemilih harus kita ketahui.

       Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia    Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus.[ rujuk di sini ]

        Dalam memngadakan pilihanraya  rakyat akan di dedahkan dengan kempen - kempen olih pihak yang bertanding. Manefesto olih pihak yang bertanding sebagai satu cara untuk menarik pengundi menyokong mereka. Namun begitu rakyat harus juga meneliti perkembangan sepanjang tempoh pemerintah kepada pihak yang tekah di beri mandat  mentadbir .

A)   Laporan Ketua Audit Negara  ada menyatakan:- antaranya

  •               Pengurusan pentadbiran negeri - negeri  di bawah  Pakatan Rakyat menunjukan perestasi lebih baik.Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
  • Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan (2011)


    Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad .Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. ( 2011)

     

    B) LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA  :-  antaranya 

        ZON BEBAS PELABUHAN KLANG (PKFZ

        NATIONAL FEEDLOT CORPORATION

    C )  Juga pengundi  melihat beberapa isu yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan yang lepas. Antara isu - isu yang sering di tonjolkan adalah ....

    Penggunaan Kalimah ALLAH olih non muslim. Adakah BN / UMNO tidak berani mengaku membenarkan INJIL VERSI MELAYU ( dari Indonesia ) di bawa masok semasa PRU Serawak pada 2010. Muzakarah 21 Jan 2013 di IKIM juga tidak ada resolusi dan hujan PAS dan PKR di jadikan alat untuk menuding jari.

    Tidak sehaluan dengan BN / UMNO di anggap sebagai menentang Kerajaan. Rakyat  di belengu minda agar menganggap BN / UMNO adalah kerajaan. Rakyat di kelirukan akan tujuan pilihanraya dan ada tekanan pada terutama kakitangan awam untuk mengundi Parti BN / UMNO.

    Skandal pembelian kapal selam . Hingga menyebabkan ada kematian . Di luar negara perkara ini di siasat ada unsur penyelewengan atau rasuah. Di Malaysia seperti ada berlaku " KAMBING HITAM". Rakyat tertanya-tanya kenapa dua anggota polis membunuh. Adakah kerana tugas atau arahan tertentu. Kalau tugas dimana penghargaan mereka.

    Apakah  penyebaran foto dan clip lucah sebagai perkara biasa sekarang. Jika undang-undang yang menjual vcd lucah di lihat sebagai satu jenayah , tetapi bagi orang berkait politik seperti ada kekebalan .


      Apakah makna BN / UMNO merangka wawasan 2020 untuk mengujudkan satu BANGSA MALAYSIA tetapi masih  tebal menyuarakan perkauman .

  

 

 

 

 



 


Jumaat, 12 April 2013

BN Hulu Selangor panas

     Semakin hangat  suasana politik Hulu Selangor . Bila pengerusi BN Hulu Selangor juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor mengesahkan tidak pertahan kerusi DUN Hulu Bernam yang di sandang 3 penggal.
Sinar Harian 12 April 2013 edisi Selangor &  KL

     Menjadi bualan sekarang bila ramai memperkatakan  pengumuman  Dato Idris mengesahkan  P.Kamalanathan  masih kekal  calon parlimen.Ini telah mendahului Dato Seri Najib selaku Pengerusi BN .Jika Dato Idris  bolih berkata " Dua saja yang confirm sekarang ini , ahli parlimen kekal dan saya tidak akan bertanding ( pada PRU13) ".
     Ramai pengundi mula memperkatakan bahawa Dato Idris merahsiakan sesuatu pada umum. Calon telah di kenal pasti dan di restui Dato Idris sendiri.Jika kerusi parlimen telah di ketahui , bermakna 3 kerusi DUN juga telah di ketahui. Kerana sudah ada yang  di katakan dalam senarai calon  menjalankan beberapa aktiviti perbincangan dalam kelompok sendiri. UMNO di peruntukan 2 kerusi DUN iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali. Dato Isa Kasim  mantan  ADUN Batang Kali seperti di pinggirkan dari kelompok ini. Nampak ada usaha untuk menyingkirkan Dato Isa dari menerajui UMNO Bahagian jika di letakan  sebagai calon.
     Dari tiga kerusi DUN , KKB di kabarkan tidak selamat buat BN. Mungkinkah  DUN Hulu Bernam dan Batang Kali juga tidak selamat buat BN .

   Sebelum ini  telah ada berita berkenaan pergolakan  UMNO Hulu Selangor  di sini ...

Rabu, 10 April 2013

semakin panas di Hulu Selangor

   Semakin panas di Hulu Selangor . Ini semua gara - gara  soal calon . Terbaru  calon PKR  di protes olih ahli - ahli pkr . Sdr Khalid Jaafar selaku penyelaras DUN Batang Kali  di sebut sebagai calon  Parlimen Hulu Selangor  mewakili  PRK  ( Pakatan Rakyat) , ada berita sdr Khalid Jaffar telah mencadangkan  sdr " Rama " ( tak pasti nama sebenar ) sebagai calon DUN Batang Kali. Ini menimbulkan ketidakpuasan sebilangan ajk cabang  Hulu Selangor.

Khalid Jaafar  seorang MPP Keadilan menjadi penyelaras DUN selepas " Cikgu Nasha ". Dari awal ramai yang berkata sdr Khalid tidak sehaluan dengan kepimpinan cabang. Namun sebagai  MPP kemesraan yang di tunjukan  tidak begitu mesra di pandangan umum. Bila di  umumkan sebagai calon , ajk cabang bersetuju  tetapi kepimpinan  PKR pusat terlepas pandang  perasaan hati ajk cabang. Ini menyebabkan  calon - calon dari cabang tidak di ambil kira olih pimpinan pusat PKR. .Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar).



Nazar Yakin - Ketua cabang PKR Hulu Selangor  juga ada potensi di calonkan. Berpendidikan tinggi dan pernah menjawat jawatan dalam sektor awam dan swasta.
Dan beberapa calon juga bolih  di tonjolkan di Batang kali  seperti  sdr Razali Mokhtar , Rohemey  mungkin juga sdr Mustafa  ( timbalan ketua cabang ).




 
Masih belum terlewat buat PKR meneliti perkara ini kerana penamaan calon pada 20 April 2013

Selasa, 9 April 2013

Pergolakan Hulu Selangor

       Bahagian Hulu Selangor di istilahkan sebagai  kubu  kuat BN / UMNO.  Pada PRU 12 parlimen Hulu selangor jatuh ke tangan PKR . Kemudian setelah kematian  MP Hulu Selangor Prf Zainal  Abidin Ahmad , PRK  Hulu Selangor di menangi semula olih BN  ( MIC ) . Punca kekalahan  Parlimen Hulu Selangor juga  sebotaj  umno untuk mendapatkan kerusi parlimen Hulu Selangor.
 Dato Idris Bakar selaku ketua bahagian UMNO yang telah tiga penggal  sebagai ADUN Hulu Bernam dikatakan tidak pertanding lagi.  Beberapa nama  tersenarai sebagai calon . Dua nama terkanan adalah ketua wanita  Hulu Selangor( Pen.Setiausaha Wanita UMNO Malaysia)  dan Sdr Khairuddin AJK Pemuda Hulu Selangor ( Berkhidmat dengan Dato Ahmad Mazlan di JPM)
Walaupun  ada ura-ura ketua wanita di calonkan , pengundi lebih cenderong kepada sdr Khairuddin . Ini mungkin dari beberapa faktor isu yang di timbulkan .Jika  ingin  keselesaan dalam PRU 13 ini  ada baiknya sdr Khairuddin sebagai calon dari cerita yang di sembangkan di kedai kopi.


Dun Batang Kali ada ura-ura untuk di ganti calon dari penyandang sekarang. Dato Isa Abu Kasim baru sepenggal  berkhidmat. Dalam situasi Selangor di perintah olih Pakatan Rakyat  , Dato Isa di kira telah memberikan khidmat terbaik selaku ADUN. Namun ramai percaya  perbualan  pertukaran calon ini ada kaitan dengan politik dalaman UMNO sendiri.Nama yang di canangkan adalah SU UMNO BAHAGIAN. Pada pandangan saya jika perkara ini benar terjadi , akan melihat satu perebutan yang sengit dalam pemilihan UMNO akan datang kerana dua - dua jawatan utama di anggap kosong kerana penyandang bukan lagi wakil rakyat.
Setiausaha UMNO Bahagian bukan tidak ada potensi sebagai calon. Malah kelulusan juga cukup tinggi. Cuma maaf cakap , dari  cerita kedai kopi menganggap lebih mirip tokoh koperat. Mungkin segi pentadbiran cukup bagus , sebagai tokoh pentadbir di CIMB .... namum  dalam khidmat masyarakat , rakyat menilai dari sudut lain.Walau apa pun pucuk pimpinan UMNO lebih mengetahi akan apa yang berlaku dalaman umno sendiri.


MP Hulu Selangor juga di katakan dalam keadaan kontaversi.Mungkin di tukar juga dengan calon lain. Ada yang mengatakan mahu anak tempatan . Tapi jika di lihat dari satu sudut , perkara ini tidak patut berlaku. Kami Tolak MP Hulu Selangor Membela Petualang - Tukar!!  .  
Sudah pasti perkara ini di uruskan olih orang politik juga.


Sabtu, 6 April 2013

Cakap orang politik

        Cakap orang politik kata pepatah melayu . Pecakapan yang tidak bolih di terima terus , perlu fikiran untuk di tafsirkan. Kalau ikut kata orang tua dulu .. maknanya langsung tak bolih pakai.
       Kenapa masih sibuk memperkatakan kaum ( Cina , India , Melayu , Peribumi , lain-lain) . Ini percakapan yang sering orang politik dan pekerja politik sebutkan. Dalam masa sama sibuk berkata kearah perpaduan , membentuk satu bangsa Malaysia . Adakah dengan sering menimbulkan isu kaum akan mengujudkan satu bangsa malaysia yang mampu berdaya saing .
   
Pertama Mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang terdiri dari satu Bangsa Malaysia
Kedua
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari aspek psikologi, selamat, dan maju.
Ketiga
Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokratik dan matang.
Keempat Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi.
Kelima Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi.
Keenam Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
Ketujuh Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Kelapan Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama
Kesembilan Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan  bingkas sepenuhnya.   

rujukan dari sini .....

Dengan nada pertembungan suasa politik sekarang , mustahil perpaduan kaum di negara Malaysia akan menjadi satu kenyataan yang jitu.Apakah pemimpin politik berkata dengan maksud tersirat yang sering di salah tafsir olih orang bawahan.Menghangatkan suasana antara kaum dan ugama untuk tujuan politik amat mengecewakan ramai pihak.

Dalam menghadapi pru 13 ini , yang bertanding adalah  parti-parti berdaftar di negara sendiri dan menjadi calon juga adalah rakyat negara ini. Soal manesfesto adalah susunan perancangan parti untuk menunjukan kemampuan mentadbir urus negara.  Malaysia dinamakan sebuah negara demokerasi. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih peneraju negara. Memang selama lebih 50 tahun BN mentadbir negara ini. Kenapa rakyat seperti di takutkan-takutkan dengan PRU 13 ini dengan berbagai perasangka seperti rusuhan dan perkauman .


Setiap pemimpin negara pasti ingin melihat negara mereka maju dan makmur. Setiap pemimpin juga pasti ada masalah . Adakah kerana pergeseran pemimpin menyebabkan rakyat yang menanggung derita .