Kenapa masih sibuk memperkatakan kaum ( Cina , India , Melayu , Peribumi , lain-lain) . Ini percakapan yang sering orang politik dan pekerja politik sebutkan. Dalam masa sama sibuk berkata kearah perpaduan , membentuk satu bangsa Malaysia . Adakah dengan sering menimbulkan isu kaum akan mengujudkan satu bangsa malaysia yang mampu berdaya saing .
Pertama | Mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang terdiri dari satu Bangsa Malaysia |
Kedua |
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari aspek psikologi, selamat, dan maju.
|
Ketiga |
Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokratik dan matang.
|
Keempat | Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. |
Kelima | Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi. |
Keenam | Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. |
Ketujuh | Mewujudkan masyarakat yang penyayang. |
Kelapan | Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama |
Kesembilan | Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan bingkas sepenuhnya. |
rujukan dari sini .....
Dengan nada pertembungan suasa politik sekarang , mustahil perpaduan kaum di negara Malaysia akan menjadi satu kenyataan yang jitu.Apakah pemimpin politik berkata dengan maksud tersirat yang sering di salah tafsir olih orang bawahan.Menghangatkan suasana antara kaum dan ugama untuk tujuan politik amat mengecewakan ramai pihak.
Dalam menghadapi pru 13 ini , yang bertanding adalah parti-parti berdaftar di negara sendiri dan menjadi calon juga adalah rakyat negara ini. Soal manesfesto adalah susunan perancangan parti untuk menunjukan kemampuan mentadbir urus negara. Malaysia dinamakan sebuah negara demokerasi. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih peneraju negara. Memang selama lebih 50 tahun BN mentadbir negara ini. Kenapa rakyat seperti di takutkan-takutkan dengan PRU 13 ini dengan berbagai perasangka seperti rusuhan dan perkauman .
Setiap pemimpin negara pasti ingin melihat negara mereka maju dan makmur. Setiap pemimpin juga pasti ada masalah . Adakah kerana pergeseran pemimpin menyebabkan rakyat yang menanggung derita .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan