Bahagian Hulu Selangor di istilahkan sebagai kubu kuat BN / UMNO. Pada PRU 12 parlimen Hulu selangor jatuh ke tangan PKR . Kemudian setelah kematian MP Hulu Selangor Prf Zainal Abidin Ahmad , PRK Hulu Selangor di menangi semula olih BN ( MIC ) . Punca kekalahan Parlimen Hulu Selangor juga sebotaj umno untuk mendapatkan kerusi parlimen Hulu Selangor.
Dato Idris Bakar selaku ketua bahagian UMNO yang telah tiga penggal sebagai ADUN Hulu Bernam dikatakan tidak pertanding lagi. Beberapa nama tersenarai sebagai calon . Dua nama terkanan adalah ketua wanita Hulu Selangor( Pen.Setiausaha Wanita UMNO Malaysia) dan Sdr Khairuddin AJK Pemuda Hulu Selangor ( Berkhidmat dengan Dato Ahmad Mazlan di JPM)
Walaupun ada ura-ura ketua wanita di calonkan , pengundi lebih cenderong kepada sdr Khairuddin . Ini mungkin dari beberapa faktor isu yang di timbulkan .Jika ingin keselesaan dalam PRU 13 ini ada baiknya sdr Khairuddin sebagai calon dari cerita yang di sembangkan di kedai kopi.
Dun Batang Kali ada ura-ura untuk di ganti calon dari penyandang sekarang. Dato Isa Abu Kasim baru sepenggal berkhidmat. Dalam situasi Selangor di perintah olih Pakatan Rakyat , Dato Isa di kira telah memberikan khidmat terbaik selaku ADUN. Namun ramai percaya perbualan pertukaran calon ini ada kaitan dengan politik dalaman UMNO sendiri.Nama yang di canangkan adalah SU UMNO BAHAGIAN. Pada pandangan saya jika perkara ini benar terjadi , akan melihat satu perebutan yang sengit dalam pemilihan UMNO akan datang kerana dua - dua jawatan utama di anggap kosong kerana penyandang bukan lagi wakil rakyat.
Setiausaha UMNO Bahagian bukan tidak ada potensi sebagai calon. Malah kelulusan juga cukup tinggi. Cuma maaf cakap , dari cerita kedai kopi menganggap lebih mirip tokoh koperat. Mungkin segi pentadbiran cukup bagus , sebagai tokoh pentadbir di CIMB .... namum dalam khidmat masyarakat , rakyat menilai dari sudut lain.Walau apa pun pucuk pimpinan UMNO lebih mengetahi akan apa yang berlaku dalaman umno sendiri.
MP Hulu Selangor juga di katakan dalam keadaan kontaversi.Mungkin di tukar juga dengan calon lain. Ada yang mengatakan mahu anak tempatan . Tapi jika di lihat dari satu sudut , perkara ini tidak patut berlaku. Kami Tolak MP Hulu Selangor Membela Petualang - Tukar!! .
Sudah pasti perkara ini di uruskan olih orang politik juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan