Pagi ni bersarapan bersama seorang ahli politik yang aktif di kawasan . Dalam bersembang dia menyatakan melayu perlu bersatu . Tapi bersatu bagaimana dan atas landasan apa. Menurut dia jika melayu tidak bersatu , melayu akan hilang kuasa dan DAP akan mentadbir negara. PAS dan UMNO juga sekarang akan bersatu.
Cina tidak akan mengundi UMNO. Aku setuju itu kerana UMNO akan bertanding atas tikit BN.Ekonomi cina dah kuasai , politik juga cina akan kuasai. Aku tertanya tanya jika PM sejak dari merdeka adalah melayu hingga penjawat utama kerajaan juga melayu kenapa masih lagi melayu yang mundur di negara ini .
Masih dengan fahaman bahawa DAP mirip fahaman kominis dan cina akan terus menyokong DAP dalam PRU14. Jika bergitu kenapa UMNO bersama MCA jika cina terus menyokong DAP. Adakah PAS akan berunding dengan UMNO berkaitan kerusi PRU14. Dengan alasan undi melayu berpecah dalam PRU14 , adakah PAS tidak meletakan calon dalam PRU 14 juga PH tidak meletakan calon baru undi melayu tidak berpecah.Cuma biar UMNO menerusi BN meletakan calon melayu dalam PRU14.
Adakah cina DAP yang menjadi broker tanah melayu felda sungai buaya ....aku bertanya . Ini membuat dia duduk tak selesa. Adakah PRU rakyat menentang kerajaan ???? . Dalam PRU tidak ada kerajaan mutlak kecuali kerajaan sementara. Rakyat menjadi penentu dalam memilih pihak yang akaan mentadbir negara. Kenapa masih memperolokan minda melayu jika benar sudah merdeka fikiran .... Pemimpin melayu menjaja cerita lapok membodohkan rakyat dengan nyanyian merdu tetapi pentadbiran di hantui dengan penyelewengan dan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan