Ahad, 31 Mac 2013

wakil rakyat atau wakil parti


    Wisel PRU 13 telah bertiup kini.Adakah rakyat berjaya memilih wakil mereka atau parti yang berjaya memilih wakil mereka. Walaupun yang dipilih adalah orang yang sama sebagai calon tetapi berkhidmat untuk pihak berlainan.Wakil Rakyat akan memberikan perkhidmatan kepada rakyat setelah di pilih nanti. Sebaliknya wakil parti akan berkhidmat pada segelintir masyarakat di kelilingnya dan kontraktor yang bersifat sebagai banker.



   Semasa PRU , kerajaan berada di bawah "kerajaan sementara".Sejauh mana kuasa sebenar kerajaan ini.Yang bertanding adalah antara parti - parti politik . Ada kemungkinan " kerajaan sementara " menggunakan kemudahan agensi kerajaan untuk kepentingan parti politik. Mungkin merupakan satu kesalahan dalam PILIHAN RAYA menggunakan agensi kerajaan dan sejauh mana perkara ini di pantau. Tidak kira samada di peringkat pusat atau negeri . Kita tahu bahawa ada negeri di tadbir olih parti berlawanan. Terutama agensi yang ada kait dengan masyakarat seperti " RTM , AGENSI MEMBABITKAN SEKTOR PERTANIAN atau sebarang agensi lain. Yang tidak di fahami adalah KEMAS dan JASA termasok di bawah agensi kerajaan atau parti.
    Lebih mengelikan hati setelah lebih 50 tahun merdeka masih tidak tahu beza antara parti dan kerajaan , juga masih mengugut untuk menukar kakitangan kerajaan. Mungkin ada baiknya rakyat mengambil sikap menukar kerajaan supaya ada parti-parti politik faham beza antara kedua itu. Lantaran laporan AUDIT NEGARA dan PAC juga mendorong perkara yang sama.

Kuasa ditangan rakyat kepada siapa untuk di berikan mandat pentadbiran

   Antara perkara yang menarik di kedai kopi adalah keberanian PAPAGOMO dengan clip video sensasi . Memang ramai yang percaya ada seseorang di belakang papagomo. Kalau orang biasa tentu tidak berani menyiarkan clip dan foto tersebut .Pasti telah di siasat dibawah akta bahan lucah. Jika ini sebagai senjata BN / UMNO cukup malang sekali. Kerana sejak 1998 hingga kini cuma modal sex saja di halakan sebagai senjata pada Anwar dan keluarga. Dan semua kes di bawa ke makamah serta rakyat tahu apa kesudahannya. Dan rakyat tertanya-tanya siapa sebenar yang menjadi benteng kepada papagomo.Juga BN /UMNO serta NGO PRO BN/UMNO cukup hebat menyerang pas dan pkr berkaitan isu KALIMAH ALLAH. Adakah BN/ UMNO lupa bila mereka umumkan membenarkan INJIL VERSI MELAYU dan KALIMAH ALLAH di gunakan. BN/ UMNO tidak pernah menyatakan kemaafan kepada rakyat. Rujuk sini untuk keterangan.dan juga Komen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pula di sini.

   Bila bapa Saiful buat perubahan kenyataan berkaitan kes liwat II , maka segera di panggil polis untuk di ambil keterangan. Berlainan sekali dengan pendedahan olih Bala dan Deepak..Itu belom lagi kes kes NFC , PKFZ , CINCIN , JAMBATAN RUNTUH. Ini semua menjadi perhatian rakyat. Dan rakyat menerima hakikat bahawa segala usaha BN /UMNO memberi berbagai pemberian kerana lebih kepada rasa tertekan olih pihak PAKATAN RAKYAT.

1 ulasan:

Anak Dunia berkata...

Bila lama berkuasa, terasa seperti raja. Boleh arah sesiapa sahaja.

Tuan, mohon bertukar link.
http://kopidantampal.blogspot.com/

Terima kasih.