Ahad, 21 April 2013

calon bebas untung dan rugi

    Calon bebas ... kenapa ramai muncul calon bebas. Adakah sengaja ingin menjadi calon atau pergolakan dalaman parti.  Ada pandangan berpunca dari calon luar kawasan. Ada pandangan berpunca calon yang tidak di terima  ramai. Ada pandangan berpunca  dari pemilihan parti selepas ini. Kerana banyak parti akan mengadakan pemilihan selepas PRU 13 ini.

calon parlimen hulu selangor
Kalau calon parlimen dari luar kawasan , mungkin bolih senang di terima kerana parlimen akan menjadi ahli dewan rakkyat. Mungkin ada sebab untuk di tarik ke kabnet. Atau calon tempatan tidak mempunyai kelulusan dan jawatan yang setaraf yang di perlukan. Adakah semua tempat demikian. Mungkin ada juga anak tempatan yang berjawatan tinggi dalam parti . Tetapi masih tidak di pandang sebagai kelayakan untuk menjadi calon. Sebab - sebab lain hanya kepimpinan dalaman yang tahu.Ini berlakunya penolakan calon dari luar  seperti ini .




calon dun batang kali
Bagaiman pula sesetengah tempat meletakan calon tempatan.Ada yang meluahkan penyelaras DUN sebelum ini berkhidmat dengan baik  . Bagi DUN yang mempunyai penyelaras . Ada juga menyatakan ADUN /  Parlimen  sebelum ini baik dan masih baru. Bagi yang mempunyai adun / parlimen yang masih baru. Mungkin betul juga luahan mereka.Jika alasan kelulusan di utarakan , kenapa sebelum ini mereka ini tidak di tonjolkan. Ada juga calon-calon yang telah di calonkan di ceritakan mempunyai beberapa masalah tapi masih juga di calonkan. Jika lihat komen yang telah di siarkan ... mesti ada juga kebenaran dari luahan hati mereka.

     Jika pemimpin bersuara akan memecat calon-calon bebas ini dari parti ...ahli parti pasti akan menanyakan senarai ahli parti yang pernah bermasalah., terdapat calon yang di calonkan tidak mendaftarkan diri sebagai calon. Ada yang masuk dan keluar parti sesuka hati Tapi parti masih menghormati mereka. Contoh senarai ahli BN yang jadi calon bebas ( sumber )

  • Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
  • Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor, DUN Sungai Dua
  • Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
  • Ketua Penerangan UMNO cawangan Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
  • Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
  • Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
  • Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu
  • Ahli UMNO, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
  • AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
  • Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang
  • AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir
  • Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
  • Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
  • Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
  • Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
  • Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
  • Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
  • Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
  • Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu
  • Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu



Tiada ulasan: