Sabtu, 20 April 2013

Sembang Hulu Selangor PRU13

Hari ini penamaan calon PRU 13. Saja ke Kuala Kubu Baru untuk berjumpa rakan-rakan. Aku lebih suka mengikut sebagai pemerhati sahaja. Tiba di pekan Kuala Kubu Baru agak lewat. Park kereta jauh juga di pekan. Lihat kawalan keselamat cukup baik teratur. Tahniah pada pihak berkuasa.Jarak antara dua pihak agak jauh . Mereka yang memakai pakaian yang ketara bagi sesuatu parti di halang dari memasoki kawasan pihak lain
.
Rakan rakan BN
Bila sampai  aku di tegur olih beberapa rakan  yang sedang minum , dari bebarapa jabatan termasok juga anggota keselamatan dan aku pun turut serta minum.Memang tidak semeriah PRK kerana  menjadi tumpuan dari pihak luar .Lihat situasi yang ada , adakah BN betul - betul dalam keadaan kukuh Dengan mudah mengekalkan  Hulu Selangor di tangan BN . Atau satu pilihan raya yang sengit dengan persaingan dalaman. Nampak PKR seperti berpecah teruk , namun bagaimana dengan BN sendiri. Aku tidak sempat mengambil senarai calon yang bertanding  BEBAS kerana ada hal lain.

Yang ni rakan - rakan pemerhati






Aku bertanya rakan ku , isteri mana selalu mereka bersama. Jawabnya  " isteri dengan kumpulan BARISAN, anak dengan kumpulan  PKR dan dia ikut kumpulan BEBAS.Tidak sempat pulak bertanya kumpulan bebas mana yang dia ikut. Jelasnya dalam satu rumah undi pun berpecah juga. Itulah negara demokrasi , tidak semesti fikiran sama. Ramai pemimpin pun tidak sama fahaman politik dalam keluarga mereka.Mungkin ini memeningkan lagi kepala parti parti yang bertanding. Siapakah sebenar yang penyokong mereka untuk mendapatkan undi .



Anggota Polis menjalankan tugas , tahniah dan terima kasih
Sahabat ku " Mat Jepun " menjalankan tugas. Ada anak muda memakai pakaian " GBFM " untuk mencari rakannya. Serba salah dengan halangan pihak polis , namum bila aku cakap tidak mengapa kerana baju dia tidak menampakan lambang parti bolih kesana. Rupanya rakan dia bersama kumpulan BEBAS. Ada yang mengaku sebagai penyokong PKR tapi undi akan di beri kepada BN. Ini satu markah bonus buat BN bahawa tidak semua PKR akan mengundi calon PR ... Bagaimana pula dengan penyokong BN sendiri adakah undi ada yang lari ??.

Sebagai rakyat Malaysia aku amat berharap pilihanraya ke 13 ini  berjalan lancar , yang berjaya sebagai wakil rakyat akan menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat , tidak tertumpu untuk parti dan rakan rakan keliling.

 
calon parlimen
calon kuala kubu baru - ramai yang minat rupanya
calon dun batang kali
calon hulu bernam - x jadi 3 penjuru

Tiada ulasan: