Rabu, 17 April 2013

3 penjuru di Hulu Selangor

     Semakin sahih bualan menyatakan pertandingan 3 penjuru di Hulu Selangor. Parlimen , Dun Batang Kali dan Dun Hulu Bernam bakal bertanding 3 penjuru. Anehnya Dun Kuala Kubu Baru masih 2 penjuru. Agaknya tak ramai yang berminat .... hee hee heee.
     Adakah ini kerana  bantahan calon dari Pakatan Rakyat , mungkin juga dari UMNO sendiri. Kalau  PKR buat bantahan calon , tentulah kerusi Parlimen dan Dun Batang Kali sahaja. Ini termasok Dun Hulu Bernam.Sesuatu yang menarik pada PRU kali ini . Jika dahulu di Parlimen Hulu Selangor terkenal dengan calon LILIN  kini apa pula lambang yang di gunakan.
     Apa pun tunggu sehingga hari penamaa calon untuk kepastian dan kesahihan bualan kedai kopi.



     Apakah punca terjadi begini .... mana - mana pemimpin parti  perlu ambil perhatian .

Tiada ulasan: