Jumaat, 12 April 2013

BN Hulu Selangor panas

     Semakin hangat  suasana politik Hulu Selangor . Bila pengerusi BN Hulu Selangor juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor mengesahkan tidak pertahan kerusi DUN Hulu Bernam yang di sandang 3 penggal.
Sinar Harian 12 April 2013 edisi Selangor &  KL

     Menjadi bualan sekarang bila ramai memperkatakan  pengumuman  Dato Idris mengesahkan  P.Kamalanathan  masih kekal  calon parlimen.Ini telah mendahului Dato Seri Najib selaku Pengerusi BN .Jika Dato Idris  bolih berkata " Dua saja yang confirm sekarang ini , ahli parlimen kekal dan saya tidak akan bertanding ( pada PRU13) ".
     Ramai pengundi mula memperkatakan bahawa Dato Idris merahsiakan sesuatu pada umum. Calon telah di kenal pasti dan di restui Dato Idris sendiri.Jika kerusi parlimen telah di ketahui , bermakna 3 kerusi DUN juga telah di ketahui. Kerana sudah ada yang  di katakan dalam senarai calon  menjalankan beberapa aktiviti perbincangan dalam kelompok sendiri. UMNO di peruntukan 2 kerusi DUN iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali. Dato Isa Kasim  mantan  ADUN Batang Kali seperti di pinggirkan dari kelompok ini. Nampak ada usaha untuk menyingkirkan Dato Isa dari menerajui UMNO Bahagian jika di letakan  sebagai calon.
     Dari tiga kerusi DUN , KKB di kabarkan tidak selamat buat BN. Mungkinkah  DUN Hulu Bernam dan Batang Kali juga tidak selamat buat BN .

   Sebelum ini  telah ada berita berkenaan pergolakan  UMNO Hulu Selangor  di sini ...

Tiada ulasan: