Selasa, 1 Disember 2009

korban oh korban

Rakyat Malaysia baru saja merayakan Aidil Adha juga di kenali sebagai Raya Korban. Dengan itu banyaklah lembu - lembu di korbankan sempena Raya Korban ini. Ada yang buat berpuluhan ekor korban di masjid atau kawasan perumahan.Ada yang sedikit sahaja. Ikut kemampuan penduduk.





Namun apa yang menarik perhatian bila syarikat yang membuat korban. Termasuklah YB - YB yang memberi lembu untuk membuat korban. Bila YB menyerahkan lembu korban , timbul pertanyaan dari penduduk setempat. Dulu timbul isu bila YB menyerahkan lembu korban sehingga campur tangan pihak SPRM. Banyak ke duit YB YB sehingga menyerahkan berpuluh ekor lembu.

Juga semasa penyembelihan korban , di maklumkan ada di sebut nama yang membuat korban.Jika begitu setiap lembu itu akan di sebut nama YB berkenaan. Yang menjadi masalah bila YB bukan ISLAM menyerahkan lembu korban. Nama YB ini adakah termasuk dalam senarai orang berkorban. Jika tidak siapa yang punya korban yang sebenarnya.

Diharap pihak Jabatan Agama dapat memberikan pandangan dalam hal tersebut. Jangan kita bangga banyak korban dilakukan tetapi tidak menepati KORBAN yang di kehendaki olih UGAMA ISLAM sendiri.


Tiada ulasan: