Ahad, 17 Januari 2010

Rakyat Semakin Keliru

Pagi ini seperti biasa , hari minggu minum dengan rakan rakan.Maklumlah cuti ....Ini masa sembang dengan rakan - rakan yang jarang berjumpa waktu kerja.

Topik meja bulat di kedai kopi lebih tertumpu isu " KALIMAH ALLAH ".Reaksi yang paling hangat bila di Malaysia Timur ( Serawak dan Sabah) di benarkan penganut KRISTIAN menggunakan "KALIMAH ALLAH." Adakah kerana tujuan politik atau perundangan di Malaysia Timur tidak sama dengan Semenanjung.

Meskipun UMNO kini berselogan dengan " JUARA RAKYAT " ,masih banyak isu yang menjadi persoalan kepada RAKYAT semua.Bukan nak mengungkit tetapi menjadi api dalam sekam pada hati rakyat. Seperti isu ALTANTUYA , ENJIN JET , KALIMAH ALLAH ,BENG HOCK ,LIWAT ANWAR,KENAIKAN HARGA GULA DAN MINYAK.



Jika pihak berkuasa selalu menyebut dalang , siapa sebenar dalang dalam kes ALTANTUYA. Tidak menasabah seseorang dengan sengaja membunuh tanpa sebab dan yang di bunuh tidak di kenali sebelum ini.Enjin yang hilang , tidak masuk akal hanya anggota pangkat rendah saja yang terlibat.

Jadi jangan fikir rakyat menerima semua keterangan dari Kerajaan yang di berikan.

Tiada ulasan: