Sabtu, 25 Julai 2009

Betul ke ada Kerajaan Pembangkang

Betul ke ada kerajaan pembangkang. Kalau pembangkang ada kerajaan , siapa jadi pembangkang dalam kerajaan tersebut. Apa nak di panggil wakil wakil pembangkang dalam Kerajaan Pembangkang.

Cerita ini bukan rekaan. Jika anda melihat berita di TV ( TV 1,TV2,TV3,Bernama) semua nya sama. Ini menunjukan pemberita TV kita tidak faham apa itu kerajaan dan apa itu pembangkang. Jika ini berterusan menunjukan Kerajaan kita akan terus bertambah kalut. Pembangkang bila di dalam dewan persidangan ( Rakyat atau Negeri). Wakil rakyat untuk semua rakyat. Wakil rakyat terpilih kerana rakyat mahu tuan / puan mewakili rakyat. Bukan kerana parti yang anda wakili semata - mata. Jika ini masih di amalkan , usah bercerita 1 Malaysia Rakyat Di Utamakan.

Apakah dengan kemajuan dan kemerdekaan ini masih ingin mengongkong fikiran rakyat dengan sebutan Kerajaan hanya untuk BN saja. Cubalah menerima realiti semasa .

Yang mentadbir diantara negeri - negeri pun semua masih rakyat Malaysia. Parti yang berdaftar di Malaysia. Pembayar cukai dalam Negara Malaysia.Bermakna BN sendiri tidak percaya dengan Rakyat Malaysia yang telah membuat pilihan mereka.


Tiada ulasan: