Rabu, 22 Julai 2009

Pusat dan Negeri siapa yang lantik wakil rakyat .

Nampak gaya Selangor akan bertambah serabut bila ujud Pejabat Daerah untuk Persekutuan.Dulu JKKK di pecahkan dua. UMNO/BN pernah kata JKKK, Masjid dan Jabatan Kerajaan jangan di politikan. Tapi awal awal lagi UMNO /BN dan politikan JKKK. Bila JKKK terbahagi dua , Pejabat Daerah pun tebahagi dua. Jangan nanti rakyat Selangor akan terus menidakan kehadiran BN di negeri Selangor. Perkara ini bukan satu yang mustahil. Bila kakitangan Kerajaan di Selangor di tekan dengan berbagai kerenah politik pemimpin pusat. Apakah pemimpin UMNO/BN terfikir siapa pengundi di putrajaya. Berapa jumlah undi yang BN dapat tempoh hari. Kebanyakan pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan sendiri.

Jangan nanti bila masa pilihan raya tiba, akan berkata pengundi kepada calon , undi kamu akan mengkayakan kamu saja. Lepas undi nak jumpa pun susah. Sebelum undi cakap sungguh lembut. Bila dan menang , suka menengking kakitangan kerajaan dan orang kampong.

Dengan ujud ada dua Pejabat Daerah , sudah jelas BN tidak menghormati rakyat yang memilih wakil mereka.Mungkin BN pun sudah jemu nak mentadbir pusat. Sabarlah ...... bila sampai masa nanti... serahkan pentadbiran kepada yang baru pula.

Apa yang jelas kini BN semakin menggunakan Jabatan Kerajaan untuk tujuan pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: