Selasa, 9 Disember 2008

Penduduk Taman Mewah Sombong

Berita jam 8.oo mlm 9 Dec 2008 , saya dan rakan rakan mendengar di warung. Kami terus hilang simpati pada seorang penduduk yang melenting pada YB Azmin Ali. Jika ini sikap penduduk , yang kami dengar degil pada arahan pindah , memang wajar di beri ingatan olih ALLAH agar mereka insaf.

Adakah mereka yang tinggal di bukit mewah ini dari kasta yang tinggi jika Malaysia mengamalkan kasta. Ada cadangan dari menteri supaya mereka ditempatkan di Hotel untuk sementara waktu dan di tanggung olih kerajaan. Bagaimana nasib petani dan masyarakat kampong yang di landa banjir. Berita mereka terus terpinggir. Juga menteri mengatakan bantuan akan di pertimbangkan selepas banjir.

Selama ini adakah penduduk ini mengenak erti kesusahan , bermegah berada di tempat yang tinnggi. Jika pepatah melayu ada menyatakan
" Jika takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai". Pepatah moden pula " Jika takut dengan runtuhan jangan berumah di atas bukit".

Saya yang punya pengalaman bumbung rumah di bawa angin , sedikit sebanyak tahu penderitaan orang yang di timpa bencana. Walau apa sekalipun kita perlu serahkan kembali diri kita kepada ALLAH TAALA. Semuga dengan sifat kekayaan yang dimiliki ALLAH akan memeri kita ketenangan dan kesabaran ujian dari ALLAH

Setahu kami yang tinggal di ceruk kampong ini, kawasan itu adalah kawasan golongan mewah. Yang mempunyai pendidikan tinggi , jauh berbeza dari kami.Adakah mereka tahu kami juga mengalami banjir setiap kali hujan turun. Apa kata mereka bila kami di landa banjir. Tentu mereka senyum berada di tempat yang tinggi.

Jadi ,ingatlah ...... hidup kita seperti roda. Ada masa keatas dan kebawah. Jadi bersyukur dalam apa jua keadaan pun.

Tiada ulasan: