Sabtu, 29 November 2008

Yang Mana Satu Nak Ikut

Pagi tadi masa di kedai kopi terjumpa dengan 2 ajk PKR Hulu Selangor. Seorang dari mereka adalah Ahli Majlis.Saya pun bersembang sebentar dengan mereka.Dalamsembang itu saya dapati mereka ini masih tidak faham peranan JKKK di kampong. walaupun memegang jawatan di PKR Bahagian dan Ahli Majlis. Setahu saya mereka ini terpelajar juga ... maklumlah kerja dulu termasuk dalam kumpulan IKTISAS.

Mereka mula bercerita berkaitan Kerajaan Baru Selangor , mengenali beberapa EXCO agak rapat. Pemantau kepada JKKK dan ingin pastikan JKKK bergerak ikut dasar kerajaan. Bila mereka mula menempelak JKKK yang masih belum bergerak dan tidak hormat kepada mereka , saya mula rasa naik angin. Nampak gaya wakil wakil kerajaan negeri melalui politik ini lebih teruk dari dahulu.

Saya tanyakan kepada mereka , sudah ke kerajaan mengeluarkan senarai JKKK yang telah di perakui. Bagaimana nak bergerak jika tiada AJK yang di perakui. Saya katakan Jika begini mana satu JKKK nak ikut. Kata penyelaras DUN atau kata AJK Bahagian PKR.Makluman saya terima Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor selaku penyelaras DUN tidak lagi berperanan sedemikian. Kenapa jadi begini ????. Massalah dalaman sendiri tidak dapat di atasi.

Mereka bertanyakan kepada saya berkaitan kursus jabatan jabatan yang di adakan. Senarai kursus mereka tidak terima atau tiada maklumat. Ini pada saya mereka tiada hubungan yang baik dengan jabatan jabatan kerajaan dan juga tidak ada pengetahuan berkaitan jabatan berkenaan. Sepatut mereka tahu , tiap tiap jabatan ada kumpulan sasaran sendiri. Dan kakitangan jabatan juga ada " orang hubungan " dengan kumpulan sasar mereka. jika mereka betul perihatan , dekatkan diri dengan jabatan - jabatan kerajaan dan kumpulan sasar ini.

Saya beri pandangan kepada beliau , sepatutnya mereka bolih gunakan JKKK dan persatuan di kampong - kampong untuk bergerak. Jangan hanya bermegah dengan jawatan parti yang di pegang. Parti sepatutnya membantu JKKK untuk dapatkan peruntukan.Bukan menyalahkan JKKK jika tidak sependapat dengan mereka.

Saya tanya mereka , di Hulu Selangor hanya ada Ahli Parlimen PKR. Kenapa tidak berganding bahu buat programe membantu sesama sendiri ????. Jika ini pun tidak mampu usah fikir di masa akan datang PKR akan berkembang di Hulu Selangor.

Saya fikir EXCO - EXCO di Selangor jangan hanya dengar cerita dari AJK begini. Kerana ini menyebabkan masyarakat di kampong akan lari dari mengikuti perkembangan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saya berpendapat , kerajaan Selangor buat satu keputusan kemana saluran POLITIK yang harus di ikuti JKKK. Jika pentadbiran ramai yang tahu melalui penghulu Mukim dan ke Ajensi berkaitan. Ini berlaku kerana ADUN yang bukan dari Pakatan Rakyat. Ramai mengaku sebagai wakil kerajaan negeri.

Tiada ulasan: