Isnin, 12 Januari 2009

Boikot Barang dan Kempen Ezam

Lama tidak membuka blog. Sekarang ni banyak terima sms dan email supaya boikot barang Amerika dan Israil. Tun pun sama suruh bokot. Aku senyum saja. Masa Tun jadi PM dulu pun tidak berani boikot barangan Amerika. Baru baru ni KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar berkaitan boikot barangan Amerika. Kenapa tidak suruh hentikan saja dagangan dengan Amerika. Lagi senang dan jelas maksudnya. Mungkin mereka lupa pada peniaga-peniaga di Malaysia sendiri. Berapa ramai yang berurusan dengan barangan Amerika. Lain kali fikirkan negara sendiri baru fikir negara orang.

Dalam akhbar ada terbaca berkenaan Ezam. Tahu rahsia Anwar dan menyimpan satu rahsia hingga hari ini. Dia juga menyatakan di suruh Anwar sebagai perantara dengan PM (sekarang mantan) untuk berurusan damai. Orang tidak sekolah pun senyum dengar cerita ni. Masa tu dia orang kanan Anwar , sudah tentu di minta uruskan perkara itu. Dia juga sudah lihat 4 kotak rahsia tu.Kalau dah lihat makna sudah tahu. Kenapa masih tidak membuka rahsia kotak tu lagi.

Secara logik , pemimpin atasan ada menyimpan rahsia orang bawahan.Sebagai senjata agar tidak melawan. Jadi bagi Anwar memang ada logik beliau tidak mengistiharkan sekarang. Kerana kuasa bukan di tangan beliau. Jika Anwar jadi PM mungkin ini sebagai senjata beliau untuk mendakwa musuh - musuh politik beliau dahulu. Jika benar kotak rahsiaada pada Anwar.

Jadi Ezam usah cerita lagi benda benda seperti ini.Nampak sangat kebodohan beliau sendiri. Sampai isteri bersalin pun tidak di pedulikan.

Tiada ulasan: