Ahad, 9 November 2008

S.P.I.E.S dan JKKK Selangor

Tahniah di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan kursus S.P.I.E.S kepada pengerusi dan setiausaha JKKK.JKKK merupakan perlaksana di peringkat akar umbi dalam organisasi kerajaan.Sebagai peserta kepada kursus S.P.I.E.S yang telah berjalan dan pengalaman saya sebagai setia usaha JKKK sebelum ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu disini. Mungkin ada bebarapa perkara yang tidak disenangi olih pihak pentabiran Kerajaan dan anggota JKKK sendiri.

Pertama adalah rungutan dari rakan - rakan saya yang berkerja dengan sektor berkaitan masyarakat luar bandar.( Seperti RISDA , Jabatan Pertanian , Haiwan dll).Kerjasama untuk mendpatkan kemudahan Balairaya tidak di perolihi di beberapa kawasan. Terutama di Kawasan Kuala Selangor.Juga jika ada kebenaran menggunakan balairaya , di kenakan bayaran yang tidak masuk akal iaitu anggap tinggi.Adakah JKKK kini seperti badan swasta untuk mencari keuntungan ????. Badan badan Kerajaan ini bukan badan koperat, dan member khidmat untuk masyarakat.Seharusnya di benarkan menggunakan kemudahan Balairaya secara percuma demi kepentingan rakyat. Selangor adalah negeri KEBAJIKAN.

Pada pandangan saya JKKK ini masih seperti lama kerana telah di politikan. Kerana di politikan maka JKKK menjadi saru badan yang tidak tentu hala di peringkat akar umbi.
Seharusnya berlaku adalah sebuah JKKK yang mendapat restu majoriti masyarakat setempat.Yang menggerakkan JKKK adalah masyarakat setempat.Pengerusi dan ahli JKKK mesti dapat bekerja sama dan mendapat penerimaan ahli masyarakat.Tugas penghulu dan wakil parti pemerintah "sebagai endosment" kepada JKKK .

Disini letak peranan Ketua Kampong sebagai penasihat dalam pertubuhan di kampong-kampong.Secara otomatik ketua kampong menjadi penasihat kepada Masjid , Surau , Pertubuhan Belia dikampong dan alin lain pertubuhan. Ketua kampong tidak perlu aktif dalam politik. Kerana jika ada perbalahan masyarakat , ketua kampong sebagai tempat merujuk nasihat.

JKKK sepatutnya berikhtiar mencari duit tabung atau di bantu olih Kerajaan Negeri dalam pengurusan JKKK. Seperti penyelenggaraan utility air dan api serta perbelanjaan surat menyurat.Bayangkan jika persatuandlam kampong di kenakan bayaran , apakah pandangan masyarakat terhandap JKKK dan Kerajaan. Kemudahan Kerajaan sepatutnya di gunakan percuma olih rakyat.

Dalam AJK JKKK pula tidak di wajibkan kehadiran wakil belia dan wanita. Pada hal Belia dan Wanita adalah aset pada masyarakat yang tidak ternilai.Agihan AJK lebih kepada kuota parti bukan kepada keperluan masyarakat.

Dari pengalaman saya dalam JKKK dan setelah mendengar cerita rakan rakan kursus S P I E S , saya yakin JKKK ini tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun di didik dengan baik.

Kerajaan Negeri harus memberikan perhatian dlam perkara ini. Jangan nanti lebih teruk dari JKKK yang lepas.

Mohon Maaf jika kata kata ini menyinggung pihak pengurusan.

2 ulasan:

Abdur Raheem berkata...

Assalamualaikum,

Boleh tanya sikit? ---- Adakah ketua kampong sebagai penasihat boleh menganggu pengurusan pertubohan2 di kariahnya? Contohnya, Pertubohan masjid telah ada nazirnya sebagai ceo. Ketua kampong buat arahan macam takde nazir kat situ.

otaistillkick berkata...

Ketua kampong sebagai Penasihat . Ketua kampong adalah penasihat masjid bersama penghulu. Semua pertubuhan dan NGO dalam kampong di pantau olih Ketua Kampong dan Jawatan Kuasa Kampong.