Jumaat, 21 November 2008

Kak Pidah vs Kak Shahrizat









Pertandingan ketua wanita tidak dapat di elakkan. Kak Pidah vs Kak Rizat. Siapa yang bakal menjadi ketua wanita UMNO 2009 - 2011 ?. Sama sama kita nantikan.

Timbul pertanyaan pada ramai pihak , bila akar umbi menyatakan sokongan pada Kak Rizat termasuk bahagian yang mencalonkan Kak Pidah. Kenapa Kak Pidah tidak ikut PM dan Timbalan dalam peralihan kuasa ?.

Mungkin Kak Pidah masih berharap menjadi Menteri jika masih menjadi ketua wanita.Atau mahu menunjukan pada Pak Lah bahawa beliau masih ada sokongan , tidak seperti Pak Lah. Dan Pak Lah silap tidak memilih beliau sebagai menteri.

Dengan perkembangan ini ada kemungkinan peralihan kuasa wanita hanya tinggal cerita sahaja.Kak Pidah tidak akan tunaikan janji peralihan kuasa dengan apa yang telah berlaku ini.Nampak gaya wanita masih mempunyai gaya kepimpinan yang sama juga jika Kak Pidah terpilih nanti.

Kini terpulang kepada ahli wanita menentukan hala tuju kepimpinan. Bila lagi ahli nak guna kuasa sebagai pemilih ..... Dengan suara yang di utarakan tidak di perdulikan pemimpin yang ada.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, kedua-dua wanita, Tan Sri Rafidah dan Dato' Shahrizat Jalil tu 2 kali 5 aje, cita cita politik pada mereka adalah segalanya.

Kalaulah apa yang dilaporkan dalam akhbar tentang temuramah kedua mereka ini yang dilapor dalam "The Star", saya rasa .....

1. JIKA BENAR SHAHRIZAT KATA YANG DIA SELAMA INI BUAT KENYATAAN MENYOKONG APA YANG DIKATAKAN OLEH RAFIDAH SEBAGAI "TERPAKSA" ... JELAS NAMPAK SHAHRIZAT INI ORANG YANG TIADA BERPENDIRIAN DAN TIDAK BERANI MENYATAKAN APA YANG BELIAU FIKIRKAN". APA PEMIMPIN BEGINI BAIK UNTUK MEMIMPIN MELAYU DAN NEGARA """ SAYA RASA TIDAK.

2. KALAU SHAHRIZAT KATA .. DIA NAK TANDING SEBAB AKAR UMBI SECARA MAJORITI MAHUKAN BELIAU BERTANDING ... BETUL KE ??? APA JUMLAH PENCALONAN ITU BUKAN SATU PETANDA SOKONGAN ???

3. RAFIDAH PULA MACAM NAK SANGAT PEGANG KETUA TU SAMPAI DIA SENDIRI SERAH ... APALAH SANGAT BEZANYA 3 BULAN (MAC DENGAN JUN). KALAU IKHLAS NAK BAGI .. ESOK PUN BOLEH ... MELAINKAN ADA RASA BERAT NAK LEPAS KAN PANGKAT BOSS TU ????

WALLAHUALAM.