Jumaat, 21 November 2008

Babi oh Babi

Babi /Khinzir kini menjadi semakin popular lagi. Kini di Negeri Kedah pula. Sunguh beruntung babi / khinzir ni selepas pilihan raya. Nama mereka selalu di sebut.

Penang menyatakan kekotoran di Penang ada kaitan dengan ternakan babi / khinzir di Kedah. Orang Islam memandang jijik pada babi / khinzir ini.

Tapi kenapa orang Islam sendiri tidak terfikir bagaimana untuk mengatasi ternakan babi / khinzir yang bersepah ini ???? . Jika ada rancangan untuk mengumpulkan ternakan ini di anggap melampau dan membelakangkan orang islam ???.

Adakah masyarakat Islam masih mahu babi / khinzir diternak secara merata termasuk di tepi tepi sungai.Atau di celah celah rumah di kampong. Bagaimana rasa bila anda melihat babi / khinzir ini di ternak sedemikian.

Umpama dulu babi ada di kawasan perumahan cina yang berhampiran kampong kampong melayu. Seperti Hulu Yam , Rawang dan Rasa. Walau pun tidak seberapa ..... apakah pandangan mereka.

Bila ternakan ini di kumpulkan setempat , kenapa ada yang tidak setuju......... atau masih suka cara di ternak kaedah lama.

Umpama Daerah Sepang dan P Dickson area bukit Pelandok. Memang orang ramai tahu disana adalah kawasan babi / khinzir. Kenapa kini begitu melenting ... sudah berpuluh tahun ternakan babi / khinzir ini berada di kawasan tersebut.

Tiada ulasan: