Selasa, 29 Julai 2008

UMNO - PAS siapa yang untung

Kini sibuk dengan kisah kerjasama antara PAS - UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang di kuasai PR. Jika ini berlaku siapakah yang lebih untung . Orang melayu , PAS atau UMNO yang untung.

Beberapa perkara yang di bualkan di kedai kopi ..... berkaitan MB yang di cadangkan.

1) Sampai bila UMNO akan rela PAS menjadi MB di negeri negeri yang mereka adakan kerjasama membentuk kerajaan camporan.

2) Bagaimana dengan agihan kerusi bila menjelang pilihan raya nanti.Adakah kerusi itu kekal dengan PAS atau akan menjadi milik UMNO.

3) Reaksi komponen BN bila agihan jawatan exco dan pemilihan kerusi pilihan raya. Bakal ada yang di korbankan.

4) Jika UMNO jujur untuk menolong melayu , kenapa ada kempen menyerang Kelantan yang sudah pasti di kuasai PAS yang majoriti melayu.

5) Adakah UMNO sanggup menyerahkan kerusi MB kepada PAS seperti Pulau Pinang kepada Gerakan.

6) UMNO tidak mengujudkan JKKKP di kampong-kampong kerana kampong adalah majoriti orang melayu.Ini menambah perpecahan pada orang melayu sendiri.

7) Adakah orang UMNO faham bahawa MB di negeri yang di kuasai PR mendapat perkenan Sultan. Jika rakyat yang tinggal di negeri berkenaan di larang mengikuti programe negeri bermakna tidak mengiktiraf perkenan Sultan. Jadi lebih baik cari negeri lain.

Tiada ulasan: