Rabu, 13 Ogos 2008

UMNO dan RASUAH

Jika di lihat pada berita harian 13 ogos 08 ..

BPR pantau perbualan telefon, SMS perwakilan
Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my


KUALA TERENGGANU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi memantau perbualan telefon dan penghantaran SMS perwakilan serta calon dalam pemilihan Umno bahagian, sebagai langkah awal untuk mencegah politik wang. Sehubungan itu, BPR bercadang mendapatkan maklumat, termasuk nombor telefon semua perwakilan dan calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno bahagian bermula Oktober ini. Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian, berkata cadangan mengesan tawaran sogokan wang melalui telefon bimbit itu adalah antara kaedah baru yang akan digunakan bagi mencegah kegiatan berkenaan daripada berleluasa.

1) Teruk sangatkah UMNO yang masih berleluasa dengan amalan rasuah di peringkat cawangan lagi dah bermula.

2) Bagaimana UMNO untuk mengyakinkan masyarakat dalam membenteras rasuah. Jika pemimpin UMNO masih terlibat dengan rasuah.

3) Adakah ahli UMNO memikirkan ada pemimpin yang menawarkan diri terlibat dengan kes kes maruah kepimpinan. Walau di beri alasan itu masalah peribadi ... bagaimana dengan pemimpin dari parti parti yang lain.

4) Jika di peringkat cawangan pun sudah bermasaalah , seperti kehadiran bukan ahli , ahli tidak di jemput , tidak cukup korum - bagaimana kepuasan akar umbi ahli sebenarnya.

5) Apakah UMNO pelajari sebenarnya dari pilihan raya ke 12 yang lalu.

6) Adakah UMNO masih relevan pada masa kini dan akan datang.

Tiada ulasan: