Rabu, 23 Julai 2008

Muzakarah dan Salinan Report Polis



Sinar 23 Julai 2008 Syed hamid berkata :

Dalam perkembangan lain, menjawab aduan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak menerima salinan laporan polis mengenai dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Syed Hamid berkata, salinan hanya diberikan jika ada pertuduhan. “Di bawah peruntukan Seksyen 51A, Kanun Tatacara Jenayah, salinan laporan hanya dibekalkan sekiranya ada pertuduhan, dan jika dibekalkan juga akan menyusahkan pihak yang buat aduan,” katanya. Dalam perkara berkaitan, Anwar mendakwa, peguam beliau telah mencuba sebanyak lima kali, iaitu secara lisan dan bertulis untuk mendapatkan laporan polis Saiful, namun gagal mendapat sebarang jawapan dari pihak berkuasa.

Kenapa Sekarang Timbul Isu Muzakarah PAS - UMNO


Kita berdiri teguh di belakang Nik Aziz RANTAU PANJANG - “Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pendirian Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berhubung pendiriannya yang tidak akan bermuzakarah dengan UMNO selagi parti itu tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam,” kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abdul Fatah Haron. Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan itu dan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu terus mengadakan muzakarah dengan UMNO. “Kita warga penggerak jentera pilihan raya Pas Kelantan, akan tetap menyokong segala cadangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh pemimpin kami iaitu Tok Guru. “Kita masih ingat lagi taktik kotor UMNO semasa muzakarah yang pernah diadakan dulu sehingga memecahbelahkan ahli parti sehingga Pas hampir terkubur,” katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan muzakarah dengan ahli Pas bagi DUN Bukit Tuku, di sini semalam. Tambahnya, seramai 5,000 penggerak jentera pilihan raya bersetuju dengan pendirian MB yang enggan bermuzakarah dengan UMNO kerana takut ditipu dan takut dengan sejarah yang lalu. “Kita bukannya pentingkan muzakarah, tetapi perjuangan Islam lebih memihak kepada Pas kerana Pas telah memperjuangkan Islam sudah sekian lama, malah UMNO yang memperjuangkan Melayu hanya sekadar retorik sahaja. “Kita lihat sejauh manakah perjuangan UMNO untuk membela rakyat, kerana perjuangan mereka hanyalah untuk sesetengah kelompok sahaja, manakala Pas pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa dan budaya,” katanya. Abdul Fatah berkata, sekiranya muzakarah diadakan ia akan memecahbelahkan parti dan ahli kerana kita tahu, perjuangan untuk menegakkan Islam perlu diutamakan kerana ia agama yang kekal hingga hari kiamat nanti. “Kita yakin apa yang diperjuangkan oleh Pas telah memberikan kesedaran kepada semua pihak dan jika muzakarah ini tetap diteruskan akan menyebabkan ahli akan berkecil hati kerana sejarah lama pasti akan berulang,” ujarnya. Kita berdiri teguh di belakang Nik Aziz
NOR SHAYAUMIL QHAIRIL EEMANN
RANTAU PANJANG - “Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pendirian Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berhubung pendiriannya yang tidak akan bermuzakarah dengan UMNO selagi parti itu tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam,” kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abdul Fatah Haron.
Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan itu dan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu terus mengadakan muzakarah dengan UMNO.
“Kita warga penggerak jentera pilihan raya Pas Kelantan, akan tetap menyokong segala cadangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh pemimpin kami iaitu Tok Guru.
“Kita masih ingat lagi taktik kotor UMNO semasa muzakarah yang pernah diadakan dulu sehingga memecahbelahkan ahli parti sehingga Pas hampir terkubur,” katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan muzakarah dengan ahli Pas bagi DUN Bukit Tuku, di sini semalam.
Tambahnya, seramai 5,000 penggerak jentera pilihan raya bersetuju dengan pendirian MB yang enggan bermuzakarah dengan UMNO kerana takut ditipu dan takut dengan sejarah yang lalu.
“Kita bukannya pentingkan muzakarah, tetapi perjuangan Islam lebih memihak kepada Pas kerana Pas telah memperjuangkan Islam sudah sekian lama, malah UMNO yang memperjuangkan Melayu hanya sekadar retorik sahaja.
“Kita lihat sejauh manakah perjuangan UMNO untuk membela rakyat, kerana perjuangan mereka hanyalah untuk sesetengah kelompok sahaja, manakala Pas pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa dan budaya,” katanya.
Abdul Fatah berkata, sekiranya muzakarah diadakan ia akan memecahbelahkan parti dan ahli kerana kita tahu, perjuangan untuk menegakkan Islam perlu diutamakan kerana ia agama yang kekal hingga hari kiamat nanti.
“Kita yakin apa yang diperjuangkan oleh Pas telah memberikan kesedaran kepada semua pihak dan jika muzakarah ini tetap diteruskan akan menyebabkan ahli akan berkecil hati kerana sejarah lama pasti akan berulang,” ujarnya.

Tiada ulasan: