Isnin, 9 Jun 2008

oh minyak oh malaysia oh boleh

Pagi ini ada yang berkata Malaysia patut naikkan harga minyak ikut pasaran semasa. Ini mengelakkan minyak di seludup ke luar negara dan di nikmati olih negara lain akan faedah subsidi yang di beri. Tapi kenapa ada negara lain harga minyak mereka tidak sampai RM 1.00. Pelik juga mereka kata. Bagaimana harga mereka lebih rendah hingga tidak sampai seringgit.

Iran = RM 0.29 / liter , UAE = RM 1.19/liter , Venezuela = RM 0.16/liter , Nigeria = RM 0.32/liter , Arab Saudi = RM 0.38/liter , Mesir = RM 1.03/liter , Kuwait = RM = 0.67/liter , Brunei = RM 2.03/liter , Malaysia = RM 2.70/liter.

Harga daging kotak pun dah naik , tambang juga bakal naik. Selalunya bila barang naik maka akan tetap naik. Walaupun di sekat kenaikan itu. Kenaikan pasti berlaku.

Yang mereka kata lagi , dulu kata kenaikan berlaku pada bulan Ogos. Rupa-rupa lebih awal. Sekarang ni jangan percaya sangat kata menteri tak naik harga barang. Cuma kita tunggu jer senarai kenaikan harga barang tu. Kempen untuk pengangkutan awam juga seperti angan-angan je. Dari Tanjung Malim ke KL jika dulu bas banyak . Sekarang ni nak tunggu bas pun susah. Makin jadi konsotium penggangkutan makin susah.

Tradisi membela rakyat BN tu mula di perkatakan orang kampong. Seperti kecohnya penutupan jalan di Grand Saga.

Tiada ulasan: