Rabu, 11 Jun 2008

Mantan PM dan Hakim

Hari ini di kedai kopi banyak bercerita berkaitan kehakiman. Mantan PM campur tangan dalam badan kehakiman. Nak kata tak betul , ada pengakuan dan ada berita ramai lagi akan buat pengakuan. Itu dalam akhbar Berita Harian 11 Jun 08. Takkan berita tu x bolih percaya langsung.

Yang menjadi hangat adalah bila tersebut kisah perbicaraan yang membawa tilam sebagai bukti.Adakah ini juga ada campur tangan mantan PM. Ramai yang meneka tentu ada...Kerana kes ini bernilai tinggi. Terutama terhadap mantan PM sendiri. Jika ada campur tangan tentu penghakiman tidak dijalankan dengan betul.

Bagaimana dengan lain-lain kes yang di katakan berfofail tinggi. Yang melibatkan kerajaan. Oohhh , sungguh malang nasib Badan Kehakiman kita. Dah berpuluh tahun terbongkar juga.Bagaimana pandangan rakyat nanti terhadap Badan Kehakiman dan Mantan PM sendiri.

Susah juga nak memulihankan jika nama dah tercalar. Adakah ini tanda pembalasan yang terpaksa Kerajaan terima akibat dari angkara peminpin yang lepas.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan di limpahkan kesejahteraan selalu.

Tiada ulasan: