Rabu, 18 Jun 2008

Pejabat ADUN Batang Kali

Dah 100 hari selepas PR 12. Dah macam - macam cerita kita dengar. Sekarang ni nak masuk era mesyuarat di cawangan - cawangan UMNO pula. Itu pun dan mula macam mavam cerita.

Yang rasa nak ketawa bila ada yang bertanya Pejabat ADUN Batang Kali dimana. Semenjak dari era Tan Sri Muhammad Muhd.Taib , kawasan Batang Kali semua tahu bahawa pejabat ADUN di depan Balai Polis Batang Kali. Tan Sri Muhammadjuga pernah berkata , sesiapa yang menjadi ADUN Batang Kali akan berpejabat di sana. Begitu juga bila Dato Zainal jadi ADUN. Kenapa bila Sdr Isa Kasim menjadi ADUN Batang Kali dah berpindah pejabat.

Ada yang kata , pejabat tu bawah kerajaan negeri ... tapi kenapa terpasang Bena YBK. Sejak bila menjadi milik YBK bangunan tersebut.

Dari sejarahnya semua orang tahu , zaman Tan Sri Muhammad menjadi ADUN , Balai Raya lama depan Pejabat Pos Batang Kali adalah pejabat beliau. Waktu tu bila hujan pasti tenggelam olih air dari bukit seberang jalan. Ada dua jabatan yang bersama kitika itu , RISDA dan KEMAS.

Bagi kebanyakan penduduk imej pejabat ADUN itu perlu di kekalkan. Dah ramai yanmg berkata perpecahan dalam UMNO Bahagian Hulu Selangor akan berlaku. Dan kini kerap pula Dato Zainal buat programe atas nama YBK. Tak taulah samada sambil berkempen untuk timbalan ketua bahgian atau menunjukan ada pengaruh pada orang atas.

Tiada ulasan: