Rabu, 4 Jun 2008

JKKKP VS JKKK


JKKP di 4 negeri wajar pastikan keberkesanan projek: Muhammad
Itulah bunyi berita harian Rabu 4 Jun 2008. Juga menjadi tajuk sembang kedai kopi pada pagi itu.
1. Dalam sembang - sembang di kedai kopi , masih ramai yang mempertikaikan kenyataan beliau. Juga termasuk dengan ucapan beliau semasa ini berkenaan isu Imam - imam.Ada sesuatu tak kena dengan beliau kata majlis mesyuarat kedai kopi. Dia ni tak faham ke keadaan di kampong. Jika UMNO tu bolihlah tubuhkan dua , tiga cawangan. Ini JKKK . Jika sampai dua JKKK dalam satu kampong , siapa yang lebih berkuasa.
2.Benar ke PR yang nak bubarkan JKKK di kampong- kampong. Atau BN sendiri telah membawa ketua-ketua kampong ke INFRA untuk di "brainwash". Namun tak semua ketua kampong setuju dengan pandangan beliau.
3. Wakil rakyat adalah untuk semua rakyat. Samada dari BN atau PR. Semua elaun dibayar dari cukai rakyat. Janganlah fikir Malaysia masih seperti zaman penubuhan UMNO lagi. Jika nak negara maju , terima hakikat sekarang ni bukan zaman UMNO itu Kerajaan dan Kerajaan itu UMNO.
4. Yang pasti dari dahulu lagi JKKK telah di politikan olih "pemimpin" untuk kepentingan Parti.Sebab itu dalam JKKK tidak pernah aman dari pengguguran Ketua Kampong. Kerana ketua kampong juga telah di politikan.
5. Siapa lagi yang hendak mendamaikan kampong sebagai orang tengah jika bukan ketua kampong.

Tiada ulasan: