Ahad, 31 Mac 2013

wakil rakyat atau wakil parti


    Wisel PRU 13 telah bertiup kini.Adakah rakyat berjaya memilih wakil mereka atau parti yang berjaya memilih wakil mereka. Walaupun yang dipilih adalah orang yang sama sebagai calon tetapi berkhidmat untuk pihak berlainan.Wakil Rakyat akan memberikan perkhidmatan kepada rakyat setelah di pilih nanti. Sebaliknya wakil parti akan berkhidmat pada segelintir masyarakat di kelilingnya dan kontraktor yang bersifat sebagai banker.



   Semasa PRU , kerajaan berada di bawah "kerajaan sementara".Sejauh mana kuasa sebenar kerajaan ini.Yang bertanding adalah antara parti - parti politik . Ada kemungkinan " kerajaan sementara " menggunakan kemudahan agensi kerajaan untuk kepentingan parti politik. Mungkin merupakan satu kesalahan dalam PILIHAN RAYA menggunakan agensi kerajaan dan sejauh mana perkara ini di pantau. Tidak kira samada di peringkat pusat atau negeri . Kita tahu bahawa ada negeri di tadbir olih parti berlawanan. Terutama agensi yang ada kait dengan masyakarat seperti " RTM , AGENSI MEMBABITKAN SEKTOR PERTANIAN atau sebarang agensi lain. Yang tidak di fahami adalah KEMAS dan JASA termasok di bawah agensi kerajaan atau parti.
    Lebih mengelikan hati setelah lebih 50 tahun merdeka masih tidak tahu beza antara parti dan kerajaan , juga masih mengugut untuk menukar kakitangan kerajaan. Mungkin ada baiknya rakyat mengambil sikap menukar kerajaan supaya ada parti-parti politik faham beza antara kedua itu. Lantaran laporan AUDIT NEGARA dan PAC juga mendorong perkara yang sama.

Kuasa ditangan rakyat kepada siapa untuk di berikan mandat pentadbiran

   Antara perkara yang menarik di kedai kopi adalah keberanian PAPAGOMO dengan clip video sensasi . Memang ramai yang percaya ada seseorang di belakang papagomo. Kalau orang biasa tentu tidak berani menyiarkan clip dan foto tersebut .Pasti telah di siasat dibawah akta bahan lucah. Jika ini sebagai senjata BN / UMNO cukup malang sekali. Kerana sejak 1998 hingga kini cuma modal sex saja di halakan sebagai senjata pada Anwar dan keluarga. Dan semua kes di bawa ke makamah serta rakyat tahu apa kesudahannya. Dan rakyat tertanya-tanya siapa sebenar yang menjadi benteng kepada papagomo.Juga BN /UMNO serta NGO PRO BN/UMNO cukup hebat menyerang pas dan pkr berkaitan isu KALIMAH ALLAH. Adakah BN/ UMNO lupa bila mereka umumkan membenarkan INJIL VERSI MELAYU dan KALIMAH ALLAH di gunakan. BN/ UMNO tidak pernah menyatakan kemaafan kepada rakyat. Rujuk sini untuk keterangan.dan juga Komen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pula di sini.

   Bila bapa Saiful buat perubahan kenyataan berkaitan kes liwat II , maka segera di panggil polis untuk di ambil keterangan. Berlainan sekali dengan pendedahan olih Bala dan Deepak..Itu belom lagi kes kes NFC , PKFZ , CINCIN , JAMBATAN RUNTUH. Ini semua menjadi perhatian rakyat. Dan rakyat menerima hakikat bahawa segala usaha BN /UMNO memberi berbagai pemberian kerana lebih kepada rasa tertekan olih pihak PAKATAN RAKYAT.

Isnin, 25 Mac 2013

Anak muda ejen perubahan politik

Anak muda sebagai ejen perubahan . Kenapa anak muda jadi buruan parti politik sekarang ini. Kerana anak muda bakal menentukan kemenangan parti. Saluran 4 dan 5 di kenal pasti golongan yang " hardcore " kepada politik di pegang. Tetapi anak muda masih kosong fikiran dan berfikir cara kini. Anak muda mampu mencorakan masa depan politik Malaysia.

Mukaddimah



Pertanyaan dari Mahasiswa Sabah



Kaitan SOSMA dengan Lahat Datu



cukai dan gst



sokongan rakyat



Cabaran Anak Muda



Semuga anak muda sekarang mampu mencorakan politik Malaysia yang lebih matang dan bermoral.

Ahad, 24 Mac 2013

PRU13 Perang Gerila Buat UMNO

PRU 13 sebenarnya " Perang Gerila " buat umno. Ini berikutan pada PRU 12 adanya campor tangan luar dari pengurusan umno ( mungkin bekas pemimpin umno) untuk menekan Peresiden UMNO sendiri. Maka kekalahan umno nampak begitu teruk sekali. Selepas peresiden di paksa berundur dan di letakan sebagai AHLI PARLIMEN BIASA , maruah pemimpin umno sebenarnya tercalar dan tercabar. Tetapi kerana ketagihan kuasa maka ahli umno terpaksa menelan segala kepahitan itu.



Selepas Najib mengambil jawatan peresiden dan seterusnya menjadi Perdana Mentari beberapa kejutan dilakukan. Walaupun di anggap biasa tetapi kejanggalan yang berterusan berlaku. Ketua Pemuda UMNO di sisihkan dari sebarang jawatan kabinet. Timbalan ketua pemuda di beri kedudukan di kabinet. Ketua wanita yang kalah bertanding di beri jawatan senator dan di lantik sebagai menteri.Apabila tamat tempoh , jawatan menteri disandang Shahrizat di pangku olih Peresiden sendiri. Seperti tidak ada ahli parlimen UMNO (wanita) yang layak jawatan itu.


Sehingga tamat tempoh PRU 12 , Ketua Pemuda UMNO di biarkan "makan diri " seperti satu hukuman pada beliau. Sedangkan bekas Peresiden ( Bapak Mertua beliau ) juga di berikan tekanan. Umpama ada dendam tersembunyi. Dan umno semakin ketara di tabdir olih tangan ghaib dalam banyak perkara. Dalam pada itu beberapa nama di lantik sebagai pengerusi jabatan kerajaan dan menteri dan mereka ini mempunyai rekod yang kurang baik dalam umno sendiri.

UMNO kini terasa kepanasan akibat kerakusan pemimpin sendiri yang ingin berkuasa dan terus berkuasa. Tidak dapat di elakan lagi , sebagai manusia biasa terkilan di hati tetap ada. Kesempatan ini di gunakan olih PAKATAN RAKYAT untuk memperkukuhkan parti dalam menghadapi PRU 13. Tambahan dangan pendedahan skandal dan ketelusan pengurusan seperti laporan AUDIT NEGARA menyebabkan umno semakin lemah . Parti-parti utama BN ( UMNO , MCA , MIC ) memang di ketahui dalam masalah pengurusan kepimpinan. Masing - masing menunggu peluang untuk melompat keatas.

Sabtu, 16 Mac 2013

kenapa semakin aku membenci umno

Aku semakin benci dengan UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Tapi benci kerana orang yang mentadbirkan umno dan macai - macai umno yang keterlaluan.



1) Menteri dari BN yang membenarkan import injil versi melayu dan ada kalimah ALLAH . Tapi menuding ke pihak lain.
[ Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.
“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
Sumber RUJUK DI SINI ]

2) Dua anggota keselamatan di dapati membunuh Altantuya. Tetapi dalang pembunuhan di senyapkan. Adakah polis membunuh sesuka hati atau atas arahan. Jadi tak perlu cerita akan cari dalang pembunuhan Sosilawati.

3) Ucapan pemimpin umno membawa maksud jika di laksanakan hukum islam akan menyebabkan negara mundur. Adakah peraturan islam itu tidak sesuai untuk semua zaman. Adakah pemimpin melayu yang beragama islam umno tidak yakin dengan hukum ALLAH.

4) Ucapan menteri dari BN / UMNO sendiri dari awal menyebabkan rakyat tertanya-tanya situasi di Lahad Datu. Bila rakyat bersuara di anggap menghina tentera.
[ Perisik kata ..... ]PUTRAJAYA 16 Feb. - Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas#ixzz2NYjcKile © Utusan Melayu (M) Bhd Perisik Kata ... Rujuk Sini ...
[ Kerajaan tak perlu berdolak dalik soal lambat bertindak ... jangan menuding jari ] Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata. Sah bukan pengganas

5) Perbuatan ganas olih penyokong umno seperti bergerak bebas .... menyebabkan rakyat hairan kenapa begitu berani bertindak . Seperti ada yang melindungi mereka dari undang-undang.

6) BN / UMNO seperti menidakkan rakyat untuk membuat pilihan secara adil. Sekatan maklumat yang keterlaluan. BN / UMNO menggunakan jentera jabatan kerajaan untuk menyampaikan kempen yang ketara. Memaksa kakitangan awam menyokong kerajaan ... seperti kerajaan tidak bolih bertukar ganti. Apa makna pilihan raya jika pemilihan di sekat.

7) Tindakan kepada pemimpin UMNO / BN di ambil bila difikirkan pemimpin tersebut akan di cantas. Ini banyak terbukti dari dahulu.... jika tidak mereka yang di kaitkan penyelewengan akan di pertahankan.

8) Masalah pemberian kerakyatan di Sabah yang banyak di pertikaikan . Hingga timbul berbagai isu dan permasalahan kepada Negara sendiri.

9) Hanya isu sex / liwat yang berkisar di kalangan BN / UMNO . Rakyat sudah naik muak dengan cerita ini. Apakah skandal 1996 tidak ujud pada pemimpin UMNO ????.

CYBER TROOPER UMNO

Jom Lihat Di sini

Kemana Melayu Islam selepas PRU 13

Isnin, 11 Mac 2013

Adakah rakyat lupa

Adakah rakyat lupa








LAHAD DATU - TIAN CHUA TUDUH KONSPIRASI UMNO (video ikhsan dar singamerah )



Rakaman pada 15 feb 2013



[ Kerajaan tak perlu berdolak dalik soal lambat bertindak ... jangan menuding jari ] Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata.
Sah bukan pengganas

Perisik kata ..... PUTRAJAYA 16 Feb. - Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas#ixzz2NYjcKile © Utusan Melayu (M) Bhd
Perisik Kata ...

Khamis, 7 Mac 2013

Kajian Tafsir Ayat Kursi

Kajian Tafsir Ayat Kursi Di katakan ayat yang paling agung dan mempunyai banyak kelebihan. Kajian Tafsir Quran: QS. Al-Baqarah ayat 255 (ayat kursi, bagian ketiga), oleh Dr. Musthafa Umar, Lc. MA
Untuk profil ringkas Ustadz Musthafa Umar, dapat dilihat pada link berikut: http://www.musthafaumar.org


Bab 1



Bab 2



Bab 3



Bab 4

Ahad, 3 Mac 2013

kerajaan bn lebih minat pada berita risikan politik

Rakyat sangsi kepada kerajaan kerana mustahil tiada maklumat dari bahagian risikan polis dan tentera. Atau kerajaan lebih berminat pada risikan politik semata - mata. Mungkin juga kerajaan jadikan isu ni sebagai senjata politik . Nampak jelas media utama bn / umno menjadikan isu ini sebagai serangan politik kepada pihak pakatan rakyat. Jika ini pandangan kerajaan .... cukup malang dan ceteknya fikiran pimpinan kerajaan sekaran. Apa yang rakyat nampak ... setiap tekanan politik kepada bn / umno pasti ada pertumpahan darah berlaku. Jika ini harapan bn / umno dari peristiwa ini maka rakyat membuka mata dengan lebih celik lagi akan kepincangan dan kelemahan pentadbiran sekarang.
Penjelasan Pihak kerajaan Yang Tidak Jelas



Ulasan DS Anwar Ibrahim Berhubung isu Keselamatan & Pencerobohan Lahad Datu.

Sabtu, 2 Mac 2013

Pendedahan Bala libatkan keluarga Najib Razak ..


Siapa arah bunuh altantuya ... pendedahan P.I Bala berkaitan keluarga Najib Razak jika benar amat memalukan rakyat Malysia. Seolah - olah perkara melibatkan pemimpin di Malaysia ini pernah berlaku sebelum ini. Adakah mainan undang - undang melindungi pemimpin negara.

Siapa arah bunuh altantuya part 1


Siapa arah bunuh altantuya part 2


Siapa arah bunuh altantuya part 3

Siapa arah bunuh altantuya part 4 & 5


Rakyat harus berfikir keadaan pempinan sekarang . Dan cuba bayangkan jika perkara ini berterusan berlaku ... apa yang terjadi pada Malaysia. Jika keluarga Najib Razak terlibat mustahil tiada kaitan dengan Najib Razak sendiri.