Selepas Najib mengambil jawatan peresiden dan seterusnya menjadi Perdana Mentari beberapa kejutan dilakukan. Walaupun di anggap biasa tetapi kejanggalan yang berterusan berlaku. Ketua Pemuda UMNO di sisihkan dari sebarang jawatan kabinet. Timbalan ketua pemuda di beri kedudukan di kabinet. Ketua wanita yang kalah bertanding di beri jawatan senator dan di lantik sebagai menteri.Apabila tamat tempoh , jawatan menteri disandang Shahrizat di pangku olih Peresiden sendiri. Seperti tidak ada ahli parlimen UMNO (wanita) yang layak jawatan itu.
Sehingga tamat tempoh PRU 12 , Ketua Pemuda UMNO di biarkan "makan diri " seperti satu hukuman pada beliau. Sedangkan bekas Peresiden ( Bapak Mertua beliau ) juga di berikan tekanan. Umpama ada dendam tersembunyi. Dan umno semakin ketara di tabdir olih tangan ghaib dalam banyak perkara. Dalam pada itu beberapa nama di lantik sebagai pengerusi jabatan kerajaan dan menteri dan mereka ini mempunyai rekod yang kurang baik dalam umno sendiri.
UMNO kini terasa kepanasan akibat kerakusan pemimpin sendiri yang ingin berkuasa dan terus berkuasa. Tidak dapat di elakan lagi , sebagai manusia biasa terkilan di hati tetap ada. Kesempatan ini di gunakan olih PAKATAN RAKYAT untuk memperkukuhkan parti dalam menghadapi PRU 13. Tambahan dangan pendedahan skandal dan ketelusan pengurusan seperti laporan AUDIT NEGARA menyebabkan umno semakin lemah . Parti-parti utama BN ( UMNO , MCA , MIC ) memang di ketahui dalam masalah pengurusan kepimpinan. Masing - masing menunggu peluang untuk melompat keatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan