Sabtu, 11 Mei 2013

PASCA PRU13 - YB mula sombong



     Kini setelah mengadakan  PRU 13 , berbagai cerita timbul  Antaranya perlantikan MB . Tidak kira dari BN juga PAKATAN sama saja. Masih ada yang tidak puas hati. Begitu juga keputusan pemilihan  , mungkin ada yang akan di bawa ke mahkamah untuk di pertikaikan. Apa pun biarlah semua berlaku mengikut undang-undang. Yang dah pegang jawatan teruskan memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira parti kerana mereka di lantik untuk menjaga rakyat.

Ucapan PASCA PRU 13




 
 
Yang menarik perhatian  , sudah ada suara-suara sumbang berkaitan YB yang baru memberikan khidmat . Ada yang mengatakan masih berlagak atau ego sebagai orang VVIP , ada yang mengatakan isteri yb yang dah mula sombong dan ada yang menalipon YB berkaitan bencana alam tetapi YB menjawab call besok kerana mengantok .  Adakah YB - YB ini kepenatan berkempen atau mesra semasa hari mengundi saja. 

Tidak kurang juga ada wakil dari kerajaan negeri yang datang  ( bagi negeri yang di tadbir berlainan parti dengan pusat ) tidak di hormati . Sebagai rakyat , kena faham kedudukan kerajaan dan tahu bezakan antara kerajaan dan parti.


Yang paling banyak di perkatakan adakah UMNO tidak memikirkan masalah dalaman parti yang semakin ketara. Jangan asyik menuding jari tetapi parti sendiri semakin kucar kacir. MCA dah mulakan rombakan dalam parti , UMNO masih bermain sandiwara.

UMNO PATUT BANGGA TIDAK PERLU MENGHARAP MCA DAN MIC MEMBENTUK KERAJAAN

Tiada ulasan: