Rabu, 15 Mei 2013

Hulu Selangor Pasca PRU13



Selepas PRU 13 ingat di Hulu Selangor aman damai . Tapi tidak juga.Sembang kedai kopi mendengar beberapa cerita yang menarik juga. Pertama kisah YB yang dan mula sombong .... Telah pun di ceritakan sebelum ni. Hingga orang yang rapat dengan UMNO pun ada komen di FB dia.  Pergolakan calon pun dah di ceritakan sebelum pru13 lagi.  Adakah UMNO Hulu Selangor  akan kukuh sebagai kubu kuat menjelang PRU 14 nanti .



Adakah Dato Idris akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan nanti.Tidak mungkin ADUN Batang Kali akan melawan Dato Idris , begitu juga ADUN Hulu Bernam kerana pasti dia akan mengekalkan ketua wanita bahagian. Atau ada kumpulan yang akan menentang Dato Idris jika mempertahankan jawatan. Mungkin juga Dato Isa akan di tonjolkan untuk melawan Dato Idris sebagai ketua bahagian.Bagaimana pula dengan pemuda ?????....

Terdapat juga berita PAS dalam diam telah mengembangkan sayap di Hulu Selangor. Mungkin kerana beberapa pihak tidak berpuas hati dengan pencalonan PRU 13 , samada dari UMNO juga PKR sendiri. Mungkin PRU 14 nanti PAS akan menuntut kerusi parlimen untuk bertanding jika PAS mempunyai kekuatan yang cukup di Hulu Selangor.



Yang anehnya DUN Kuala Kubu Baru baru sekarang di pertikaikan. Kenapa DUN Kuala Lubu Baru seperti pulau .. kalau orang luar lihat peta DUN Kuala Kubu Baru pun mesti tersenyum sendirian. Sekarang ni DUN Kuala Kubu Baru di kuasai DAP. PKR juga nampak gaya ada penurunan sambutan dari masyarakat. Pasti pergolakan pemilihan lepas membawa implikasi yang ketara dalam PKR Hulu Selangor.

Kemana Melayu Selepas PRU 13

Tiada ulasan: