Selasa, 12 Februari 2013

kronologi dan isu

Kronologi yang mungkin ramai tidak tahu .

1) 16 Mei 1986 Jemaah menteri memutuskan 4 perkataan khusus iaitu ALLAH , SOLAT , KAABAH dan BAITULLAH tidak di benerkan penggunaannya olih bukan islam.

2) 24 Dec 2007 Akhbar The Sun telah menyiarkan artikel " Pemimpin Gereja menjelaskan penggunaan perkataan ALLAH.

3) 28 Dec 2007 " Kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan kalimah ALLAH di selesaikan melalui mahkamah " Padri Lawrence dalam akhbar The Sun.

 4) 31 Dec 2007 Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak KDN telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu ( Herald) tanpa larangan penggunaan kalimah ALLAH.

 5) 3 Jan 2008 Kabinet mengekalkan larangan bagi semua ugama kecuali ISLAM dalam menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar masing-masing.

 6) 19 Mac 2008 Gereja Khatolik telah memohon Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan pengunaan kalimah ALLAH.

 7) 5 Mei 2008 Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Khatolik untuk membuat semakan ( Undang-undang) terhadap larangan.

8) 31 Dec 2009 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Lee Ban Lan ) telah membenarkan Gereja Khatolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya. ( *** LARANGAN TIDAK BERSIFAT UNDANG-UNDANG).

9) 5 Jan 2010 Menteri dalam negeri mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perlaksaan perintah itu.

 10 ) 6 Jan 2010 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk menangguhkan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguan Herald sementara menunggu rayuan Mahkamah Rayuan.

Dari kronologi ini timbul beberapa persoalan :

1) Muzakarah 21 Jan 2010 di IKIM . Wakil IKIM hanya membahas dari sudut Bahasa. Wakil KERAJAAN seperti tidak bersedia dengan hujah.Tertumpu pada wakil PAS ( Ustaz Hadi ) , Ustaz Asri ( Bekas Mufti Perlis) , Md Nur Manuty ( PKR ) ,Prof Osman Bakar .

 2) Tiada rumusan muzakarah di catatkan. Walaupun dikatakan sebilangan besar tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH olih bukan islam.

 3) Apakan tindakan sebenar dari keraajaan terhadap keputusan kabinet yang telah meluluskan larangan yang di nyatakan.

 4) KOTA KINABALU 18 Jan. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak sebagai tidak mencerminkan aspirasi umat Islam di negeri ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

5) Kenapa pandangan Ustaz Hadi , Ustaz Asri di beri perhatian meluas sedangkan tiada rumusan di buat . Sedangkan dalam Dr Mohd Rosdi Ismail ( arabiac langguage & consultancy Nilam puri ) menyatakan wakil kerajaan kaku dengan hujah mereka.

6) Pandangan Ustaz Hadi dan Uztaz Asri yang berlandaskan keadaan setempat bolih di terima olih IKIM.

Tambahan ..

1) Di dalam kontroversi ini sebanyak 35,000 buah Al-Kitab ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang dan pelabuhan Kuching sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun kerajaan pusat membenarkan pengedarannya setelah meletakkan cop ‘Untuk Kristian sahaja’.

2)Perkara pertama di dalam Perjanjian 18 Perkara Sarawak adalah berkaitan agama. Ia secara jelas menyatakan tiada agama rasmi untuk negeri Sabah dan Sarawak meskipun mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini.

 3)“Saya masih berpandangan bahawa ia (pengedaran Kitab Injil Bahasa Melayu) harus dihalang kerana mereka menterjemah ‘Tuhan’ sebagai ‘Allah’. Terjemahan ini merbahaya dan mengelirukan, terutamanya kepada generasi muda,” kata Tamyes. Beliau menjelaskan bahawa kekeliruan akan timbul kerana di dalam Al-Kitab (Injil Bahasa Melayu) Allah digambarkan sebagai Bapa, mempunyai isteri dan anak. Pandangan ini adalah senada dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussaini Zakaria yang meramalkan kebangkitan umat Islam di negara ini akan menyebabkan ketegangan di dalam hubungan antara kaum.

4)Selain itu, penerbitan Al-Kitab bukannya diterbitkan di dalam Bahasa Melayu sepertimana diwar-warkan oleh semua pihak. Ia ditulis dan diterbitkan di dalam Bahasa Indonesia.

5) Pengumuman isu ini semasa PRU Serawak ada juga berkaitan.

6)Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.  

Ini menggambarkan kerajaan seperti sambil lewa dengan isu yang telah lama dan mengambi lkesempatan dalam keadaan menghadapi PRU 13 ini.

eklusif atau tidak

Ugama Samawi dan Syirik

Tiada ulasan: