Rabu, 20 Oktober 2010

Bukan di pulau masyarakat - Batu 30

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda



HULU SELANGOR – Bayangan peristiwa kematian menyayat hati adik Syafiah Humaira, 3, kian berlalu da�ri�pada ingatan masyarakat.

Malah, boleh dikatakan seluruh masyarakat lega apabila mendengarkan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohd Fazli Azri Jamil, 28.

Tiada siapa mengetahui di sebalik peristiwa itu, sebenarnya keluarga Mohd Fazli menerima cemuhan dan tohmahan sedangkan pada hakikatnya tiada siapa menghendaki anak atau ahli keluarganya menjadi ‘pembunuh’.

Itu yang ingin dikongsi ibu Mohd Fazli, Norhaziah Yusof, 52, kepada Sinar Harian semalam dengan harapan masyarakat sedar hakikat di sebalik kejadian tersebut.

Menurutnya, sepanjang perjalanan kes, keluarganya tidak lekang dengan gangguan fizikal dan mental.

“Kami dicemuh dan dianggap pembunuh. Seolah-olah kami ini ‘anjing kurap’ oleh individu yang masih tidak puas hati.

“Keluarga kami dipulaukan dan pernah dihalau keluar dari kampung ini,” katanya.

Menuru Norhaziah, ada individu yang tidak bertangungjawab menyembur cat di dinding rumah a dengan perkataan ‘pembunuh’.

“Saya kenal individu ini. Kenapa dia sanggup berbuat demikian seolah-oleh kami sekeluarga yang membunuh,” katanya.

Norhaziah berkata, insiden yang berlaku di luar kantin Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) 2 Februari lalu hanya salah faham antara keluarganya dengan seorang pemimpin masyarakat di kampungnya.

[Cerita penuh di SinarHarian]

[ Pandangan Saya ]

Apa yang berlaku telah di takdirkan ALLAH. Tiada manusia yang waras fikiran akan berbuat demikian.Banyak perkara perlu di ambil iktibar olih masyarakat dan keluarga yang mengalami peristiwa itu.Seperti saya pernah luahkan dulu , ada segelintir ahli masyarakat seperti jaguh dalam kelimpinan masyarakat. Walhal keluarga sendiri dalam permasalahan , anak sendiri pun ada berperangai yang tidak menyeronokan.

Masih ada ruang membuat rayuan di mahkamah. Beberapa kes sebelum ini pun selepas rayuan telah di lepaskan dari hukuman yang telah di jatuhkan. Kalau di pandang dari ucapan ibu kepada yang meninggal dunia , kenapa berkata masih sayang kepada pemuda yang telah di jatuhkan hukuman itu. Memang kematian berlaku semasa berada atau bersama " pemuda tersebut " . Tapi sejak bila sebenarnya " mangsa " mengalami sakit yang di alami dari kesan penderaan. Bagaimana keluarga perempuan bolih membiarkan cucu merika berada dengan keluarga yang tiada kaitan darah dengan mereka.

Apakah faktor sebenar menyebabkan " pemuda " itu hilang kesabaran. Jika faktor ini tidak di atasi mungkin perkara sama akan berulang lagi pada keluarga mangsa. Masyarakat tidak memulaukan keluarga ini , malah ada suara penyesalan kedengaran dengan tindakan mereka yang berlebihan sebelum ini. Hinggakan kenduri kahwin abang kepada pemuda itu di buat di tenpat lain yang jauh dari rumah keluarga.Ada jiran yang ingin hadir tetapi tidak kesampaian. Cuma satu keluarga saja yang telah pergi.

Apa pun yang berlaku , masyarakat tidak harus melakuan pemulauan. Tindakan ini akan menyebabkan masyarakat akan bertambah celaru.Membetulkan masyarakat bukan dengan menuding jari saja , betulkan diri sendiri dan mara bersama masyarakat yang ingin di pimpin.

Tiada ulasan: