Sabtu, 8 Ogos 2009

lucu ada pelik juga ada

Pagi tadi sambil menikmati sarapan pagi , seperti biasa dua tiga meja sibuk bercerita hal hal semasa. Sampai ada yang melalut entah kemana , namun bila di dengar ada juga logiknya.

Kini sibuk kembali hal DNA. Terdapat DNA yang tidak di kenali " seperti kes Norita " maka siapa pula akan di sabitkan kesalahan nanti. sehebat - hebat polis Malaysia , Sundram hilang entah kemana tetapi rumah beliau di Rawang telah pun di jual. Jika TBH di bunuh , siapa yang membunuh dan apa motif pembunuhan. Ada kah suka suka membunuh seperti kes ALTANTUYA , tanpa sebab membunuh. Jika ada arahan mesti ada dalang yang mengarahkan. Ini yang ada cuma dalang demontrasi GMI aje...

Sampai bila sebenarnya imej Badan Kehakiman , Penguatkuasaan dan Keselamatan akan terus tercemar di mata rakyat . Yang jelas ini semua mainan orang politik yang ingin terus berkuasa dan merebut kuasa. Tiada guna berkata menghormati keputusan rakyat jika dalam masa yang sama berbagai tekanan diberikan termasuk kepada Kakitangan Kerajaan.

Yang sedih pagi ini seorang bapa , kerana anak dia di buang sekolah. Tapi rakan dia bergaduh tidak dikenakan tindakan. Maka bertambah lagi masaalah sosial dalam masyarakat. Bijak kerajaan dengan membuang pelajar , tetapi penagih dan pengandung luar nikah di beri perlindungan. Inilah cara kerajaan memberi pelajaran dikalangan remaja kita.

Berssesuaikah tindakan buang pelajar di lakukan di masa ini ... tiada kaedah membina motivasi untuk remaja ....

Tiada ulasan: