Ahad, 21 Jun 2009

Masih cerrita lama

Hari ini 21 jun 2009. Aku minum di warung berhampiran. Sambil menghirup nescafe dan makan roti canai , sempat mendengar perbulan ramai akan topik kedai kopi yang banyak di bualkan.

Senyum sendirian, Masjid jangan di politikan. Satu isu dah lama dan dah muak di dengarkan. kini dari seorang Menteri di JPM. Memang melayu mudah lupa , melayu tidak mahu belajar.Itu kata seorang melayu yang bukan dari keturunan melayu.

Seorang imam di pecat kerana menghadiri jamuan raya anjuran PAS. Siapa yang memecat imam tersebut jika bukan kerana tangan politik di belakang nya. Sedangkan Mufti pun di pecat kerana mempertahankan tindakan penahanan beberapa remaja di kelab malam.

Pengalaman saya sendiri , Ustaz dan BN yang banyak menceritakan politik BN di surau dan masjid. Jika di bandingkan dengan ustaz dari PAS. Jadi tak usahlah bercerita berkenaan hal ini. Oarang kampong macam kami dah muak dengar.

Usahkan masjid , Jabatan kerajaan sendiri pun jadi medan politik BN. Setiap Menteri dan Pengerusi akan berucap berkaitan politik di Jabatan bila ada perjumpaan.Baru - baru ini pun seorang Pengerusi berucap di Selangor dengan masyarakat kampong pun berkaitan politik.Usahlah nak bersandiwara dengan kejujuran yang palsu dan rakyat di utamakan.Rakyat menilai apa yang di cakapkan dan di buat.

Kelemahan politikus BN ( UMNO) bawahan adalah kerana tidak mampu berfikir untuk bangsa sendiri. Cakap saja untuk perjuangan bangsa. Pengerusi JKKKP tidak akan melayan sebarang permohonan dari orang bawahan dari berlainan parti. Berbeza dengan golongan kaum Cina dan India. Dengan itu peruntukan subsidi padi untuk orang melayu ini tidak dapat. Ini akan menjauhkan lagi rakyat ini dengan pempinan pusat. Akibatnya .... tunggulah PRU akan datang.

Sepatutnya pemimpin BN yang berada dalam Negeri yang di kuasai PR lebih perihatin dengan perkara ini. Rakyat sekarang bukan zaman dulu lagi.

Masih ada pemimpin yang berjawatan tinggi BN tidak faham akan pembangkang. Ada ke berkata Negeri yang diperintah PEMBANGKANG. Macam orang tidak bersekolah bercakap.Memalukan diri sebagai pemimpin. Jika ini masih berterusan rakyat menilai , BN ini masih bermimpi ngeri sehingga hari ini.

Jadi janganlah melatah jika orang mudah mengatakan BN ini tidak sedar diri. Lubang yang di cunggil kan menimbus diri sendiri kerana lubang sendiri memang sudah sedia dengan besar sekali.

Tiada ulasan: