Khamis, 19 Februari 2009

Kisah Bukit Yang Menarik.

Dulu fasal bukit runtuh yang menjadi tajuk akhbar utama. Kemudian kisah Adun di Bukit yang menjadi bahan utama. Ada lompat dan ada meninggalkan kita semua.Kini fasal "foto sensasi " kata oranglah Adun Bukit Lanjan pula.

Puas juga mencari di Internet ni foto foto berkenaan. Baca komen komen yang di buat. Tidak jumpa pula foto foto berkenaan. Ada pembuat komen sekadar kata terima email foto tidur je. Masa tidur siapa ingat apa yang berlaku. Jika terlondeh pun , kita mana sedar.

Elok juga jika nak siasat. Cuma pandang aku , nak siasat tu biarlah siasat semua ADUN yang terkait dengan isu moral. Yang baru ke dan yang lama. Biar semua adun kita bebas dari masaalah moral ini. Samada isu sex , jenayah atau apa saja yang bolih menjatuhkan imej seorang pemimpin.

Jangan kerana masalah politik rakyat yang menjadi mangsa. Yang menjadi ADUN tu tidak kira parti mana pun , elaun mereka duit rakyat juga. Bukan dari duit parti pun.

Perak dah menjadi contoh terbaik untuk di fikirkan. Bila Speaker Dewan pun dah bertindak menggantung MB yang baru dilantik. Ini semua kerana peraturan yang kita buat juga. Silap perhitungan , peraturan yang sendiri buat memakan diri sendiri. Yang menjadi mangsa rakyat juga. ADUN tetap dapat elaun setiap bulan.

Tiada ulasan: