Sabtu, 18 Oktober 2008

Bila UMNO akan kukuh

Semakin hari semakin hangat berita pemilihan parti parti di Malaysia. Ini kerana parti-parti komponen BN juga membuat mesyuarat Agung dan banyak berlaku pertukaran kepimpinan. Sedikit sebanyak mencerminkan keadaan politik Malaysia di masa hadapan.

Dari MCA sendiri menyatakan ISA perlu di kenakan kepada KJ.Meskipun KJ hadir sebagai tetamu dalam mesyuarat tersebut.Gerakan menyatakan pengharaman HINDRAF satu kesilapan dalam tindakan untuk menangainya. Apakah ketuanan melayu itu dan kuasa raja-raja terhakis sehingga Raja - Raja membuat peringatan kepada semua rakyat.

Walau bagaimana pun , TUN M menyatakan Najib perlu mengisi kepimpinan beliau dengan menngepikan penyokong - penyokong Pak Lah. Bagaimana semasa Pak Lah jadi PM. Adakah beliau terus merehatkan orang kuat Tun M dalam barisan kepimpinan Pak Lah. Ini satu kelebihan pada sikap kepimpinan Pak Lah. Pada beliau tiada penyokong sesiapa.Semua adalah barisan kepimpinan UMNO dan BN.

Yang sedih sikit cuma KJ , semua tahu dia naik mendadak dalam pemuda. TKP dulu ada calon lain yang lebih kedepan. Mungkin sebab tertentu KJ mendapat rezeki jadi TKP.Sekarang ni nampak kepimpinan beliau dalam pemuda dulu seperti di arahkan saja.

"Mike Tyson" seorang pemimpin yang nampak ketaatan pada parti.Tapi kerana kurang memahami bahasa inggeris mungkin jadi massalah juga bila keluar negara nanti. Ini kata beliau sendiri yang kurang faham bahasa inggeris semasa di Autralia. Beliau juga ada menyatakan " 2 harimau tidak bolih atas satu bukit". Tetapi beliau menyimpan harimau di bukit yang sama. Kerana JKKK dan JKKP berada di bukit yang sama.Bermakna harimau ini akan terus bercakaran sesama sendiri.

Adakah UMNO/BN sebenarnya belajar dari 8 Mac 2008. Banyak suara yang menyatakan tidak dapat belajar dari tarikh itu.

Umpama di Batang Kali , jika Dato Zainal bertanding DUN maka peluang kekalahan adalah 70 %. Nasib baik bertukar kepada Sdr Isa Kasim. Dan dengar kabar jawatan Tim Ketua Bahagian pun tidak di pertahankan. Bagus lah begitu.

Pada banyak pendapat , kekalahan Selangor berpunca dari Dr Khir sendiri. Beliau menampakan ingin melenyapkan pengaruh Tan Muhammad di Selangor. Dan kata kata beliau yang sering meninggi pada kakitangan kerajaan.

UMNO / BN sepatutnya telah lama tahu bahawan yang bertukar adalah " pemerintah kerajaan" bukan kakitangan kerajaan. Siapa yang memerintah adalah kerajaan. Hingga kini masih ada berkara ada negeri di perintah pembangkang. Yang memerintah negeri bukan pembangkang.

Jika UMNO masih seperti ini, ramai percaya UMNO tidak akan kukuh lagi.Seperti kakitangan JHEK yang bercerita keterlaluan terhadap PR. Kita yang dengar pun naik menyampah dengan mereka.

Tiada ulasan: