Rabu, 25 Jun 2008

Gempar gempar gempar

Pagi pagi lagi semasa di kedai kopi biasa masing-masing meja sibuk berbual rancak. Aku cuma menung menunggu "kopi cam" dan telur setengah masak.Agaknya apa yang dibualkan mereka ????.

Oohh rupanya cerita Raja Petra. Kenapa begitu berani membuat kenyataan. Mengaitkan orang no 2 dalam negara Malaysia. Apakah sebenar yang ingin di sampaikan olih beliau. Adakah risiko yang di hadapi jika kenyataan itu palsu belaka. Satu tuduhan yang cukup berat , yang melibatkan nyawa. Lebih-lebih lagi nyawa rakyat asing. Tercemarkah negara nanti ???.

Apakah asas yang di perolihi begitu kukuh.Bagaimana jika benar berlaku atau satu pembohongan yang di rancang. Siapakah di belakang tabir dalam kenyataan beliau.

Memang sukar di percayaai , dan tidak susah pula untuk mempercayai. Dengan keadaan badan kehakiman yang tercemar , pendawaan yang berubah-ubah , persengketaan antara pemimpin sekarang ini mungkin ada terselit satu rahsia sulit yang bernilai tinggi.

Contoh yang sering di perkatan golongan bawahan ialah kisah Yong Teck Lee di Sabah. Bila tercetus untuk membuat undi tak percaya terus ada kes Rasuah. Tapi kes itu semasa beliau jadi KM Sabah. Masih orang kuat BN.

Rakyat makin keliru dengan keadaan negara sebenarnya ......................

Tiada ulasan: