Rabu, 21 Mei 2008

Tun dan UMNO

Wah... sembang sembang kedai kopi telah beralih ke isu perletakan keahlian umno olih Tun Mahathir. Hilang cerita kenaikan harga barang di warong-warong di kampong.

Aneh .... ada yang ketawa lebar , ada yang kata dah tradisi umno , ada yang kata ketulahan pemimpin dahulu.

Selaku orang kampong yang tiada pelajaran tinggi, saya teringat kata Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Dulu saya imam dan kini saya makmum. Saya perlu menjadi makmum yang baik. Memang saya lihat dia menjadi makmum yang baik.

Tun mengajak ahli umno keluar pari , seolah-olah ahli umno tu menjadi ahli kerana TUN. Bukan berdasarkan UMNO itu sendiri. Adakah Tun mengakui kesilapan beliau terhadap bekas-bekas Timbalan TUN dahulu. Tak seorang pun yang Tun rasa sesuai. Jika begitu kenapa Tun lepaskan jawatan dahulu.

Tun umpama pesara yang berfikir kerja dahulu masih sama kaedah menjalankannya. Bahawa pesara tidak tahu perubahan cara kerja dan matlamat utama sudah berubah.

Pada saya jika tidak mahu di keritik olih orang yang Tun bawa dalam kabinet semasa Tun dulu , jadilah makmum yang baik.

Apa yang jelas sudah ada pemimpin yang berkara , Tun ada masalah peribadi dengan PM sekarang. Ini akan merosakkan imej Tun sendiri.

Tiada ulasan: