Rabu, 28 Mei 2008

Hulu Selangor

Sembang kedai kopi kali ini berkisar dengan Hulu Selangor. Jika di sudut Parlimen semua di kuasai pembangkang. Kenapa di sebut begitu ??. Ahli Parlimen dari PR dan Ahli DUN dari BN. Jadi kedua - dua adalah pembangkang. Parlimen pembangkang di pusat dan DUN pembangkang di Negeri.

Pengalaman bila mendengar ucapan dari wakil - wakil rakyat di Hulu Selangor selepas PR 12 amat berbeza nada suara. Wakil dari BN dengan nada yang agak keras , berlainan nada dari wakil dari PR. Ini mungkin bolih mempengaruhi pendengar dari rakyat yang mengikuti ceramah / ucapan dari wakil-wakil ini. Dan rakyat bolih pergi kemana-mana tanpa rasa kekok dan segan lagi. Satu perubahan yang saya kira baik.

Semasa kempen pencegahan jenayah olih Polis Selangor baru-baru ini , ada di jemput RT , JKKK , JKP. Yang geli di dengar adalah JKKK masing - masing mengaku lebih di anggap wakil Kampong atau penduduk. Ini mungkin baru permulaan bila ada ura ura JKKK akan di buat 2 di kampong-kampong. Saya terbayang , bagaimana jika ada agensi kerajaan yang ingin mengumpul orang kampong. Kepada siapa untuk bertemu , siapa yang memegang kunci balairaya. Saya percaya perkara ini akan lebih menjadi satu pergolakan yang berpanjangan dalam masyarakat nanti. Bukankah elok jika Ketua Kampong sebagai penasihat anak buah di kampong. Sekarang ini tiada siapa nak nasihatkan anak buah di kampong lagi. Masing- masing ada ketua sendiri.Siapa patut jadi orang tengah di kampong lagi.

Tiada ulasan: