Isnin, 5 Mei 2008

siapa yang risau

Siapa yang risau ????. Orang melayu atau UMNO yang risau. Jika melayu yang risau rasanya tak perlu kerana suara melayu di Parlimen 121 orang. Berbanding 120 orang sebelum ini.

Yang selalu di sebut beberapa negeri di kuasai PR. Yang selalu di utarakan melayu sudah hilang kuasa. Dimana kebenaran nya. Setiap Parti Politik ingin berkuasa. Jika tiada impian ini , bukan politik namanya. BN telah hilang kuasa di beberapa negeri. Ini yang jelas, dan parti-parti MCA dan MIC seperti hilang pengaruh kepada kaum yang di wakili.

Apa yang perlu di fikirkan pada semua parti-parti politik terus mengukuhkan kestabilan parti masing-masing untuk terus mendapat perhatian rakyat ( pengundi). Sebagai orang kampong kami lihat semua ada kekurangan , dan semua ada kelebihan. Ingatlah semasa BN berkuasa di negeri-negeri ini , bagaimana keadaan pemimpinnya. Cubalah amati sendiri.

Tiada ulasan: