Jumaat, 2 Mei 2008

sebotaj

Kenapa ahli sebotaj parti ????? . Banyak di perkatakan dalam dalam akhbar dan kedai kopi. Saya tertarik dengan Akhbar Perdana 27 April 08. Dalam Isu Perdana tulisan Bidin Berseri Saad. Seharusnya pemimpin UMNO teliti dan fahami maksud ditulis itu. Pada pandangan saya banyak perkara yang benar benar terjadi dalam pimpinan UMNO kini.



Kalau hendak pecat ahli , berapa ramai bolih pecat. Bagaimana dengan pemimpin tertinggi dan bekas pemimpin tertinggi. Seperti mantan PM. Rasanya bolih di kategorikan sebagai sebotaj parti juga. Dan lebih utama lagi Komponen BN sendiri meneliti bersama. Massalahnya sama iaitu sebotaj dari ahli parti. Jangan menuding jari pada ahli bawah saja , fikirkan kenapa terjadi. Seperti anak dengan keluarga. Kita bolih marahkan anak , tetapi kita lupa bahawa kita menyebabkan anak jadi begitu.



Sepatutnya ADUN UMNO/BN yang menang di negeri yang di tadbirkan PR jangan mengeluarkan kata yang kesat. Tunjukan bahasa yang baik dan lembut.Jangan bagi ahli tambah menyampah.Bila saya dengar majlis penerangan , tidak ada kemajuan dalam penyampaian. Kenapa ISU BABI di Selangor di ketengahkan. Tiada cerita bagaimana memupuk semula perpaduan. Memberi ruang pada PR menambah keahlian.



Sehingga sekarang , asyik dengar cerita perbalahan semasa sendiri. Tidak ada muafakatan dalam UMNO yang di tunjukan. Perhubungan kata lain , bahagian kata lain.



Yang anehnya , pemimpin tewas di negeri sendiri sibuk nak bertanding jawatan lebih tinggi. Sedarlah pemimpin UMNO kini.

Pautan berkenaan:

http://ms.shvoong.com/writers/paparem/

Tiada ulasan: