Heran juga bila memikirkan perkataan ini. Mudah sangat di gunakan tanpa pengertian yang tepat. AUKU di gunakan untuk mengelak dari menentang kerajaan. Siapa kerajaan dan bila menjadi kesalahan bila di tentang.Itu pun satu perkara yang sukar juga untuk di terjemahkan. Adakah dengan tidak bersependapat dengan kerajaan di panggil menetang kerajaan dari sudut jenayah.Begitu juga dengan kakitangan awam yang di katakan berkhidmat dengan kerajaan. Kenapa di katogarikan sebagai menentang kerajaan jika menolak dasar "pemerintah semasa" dalam pilihan raya.
dan juga
Selepas PRU yang lepas , beberapa negeri telah di kuasai pakatan parti pihak pimpinan Bagi mengelakan kakitangan awam dan pelajar Universiti dari di takrifkan sebagai menentang "kerajaan semasa" , lebih baik tidak perlu mengundi. Jika mengundi pun , tidak bolih menggunakan hak sebagai pengundi dalam pemilihan wakil rakyat.
Rakyat sudah bosan dengan kerenah parti-parti dalam pemilihan ini. Dengan bahasa kasar , lucah , skandal dan berbagai fitnah. Adakah rakyat perlu menunjukan protes jalanan atau memboikot seluruh pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan