Kerajaan tetap bantu, hulurkan dana pekebun kecil - Shafie
04/10/2011 4:27pm
PORT DICKSON 4 Okt. - Kerajaan tidak pernah lokek untuk menghulurkan dana membeli baja bagi membantu pekebun kecil getah, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Jumlah RM60 juta setahun itu katanya, dapat mengurangkan 40 peratus daripada kos yang ditanggung pekebun kecil.
"Masih ramai yang gagal melihat kebaikan kerajaan. Pembangkang hanya sibuk pacak bendera dan membuat pelbagai tuduhan tetapi kita mengeluarkan keringat untuk membangunkan negara,” katanya pada pelancaran Gerakan Membaja Peringkat Nasional Risda di Linggi hari ini.
Shafie berkata, sumbangan kerajaan tidak terhenti setakat itu sahaja malah Kementerian Kewangan telahpun meluluskan peruntukan RM121 juta untuk program tanam semula daripada kelapa sawit kepada getah.
"Dalam keadaan harga getah yang stabil, negara harus mengambil kesempatan untuk memaksimumkan pendapatan sekaligus memberi lebihan rezeki kepada pekebun kecil,” katanya. - Bernama
( Sumber = Utusan Malaysia 4/10/2011)
Namun semenjak Pengerusi RISDA yang baru - RTC apakah pembaharuan yang ketara di RISDA.
1) Baju Koperat RISDA akan di tukar warna merah. Kerana RTC terlalu sensitif dengan warna hijau. Mungkin Logo juga akan di tukar.
2) Bekalan benih tidak dapat di hantar setelah kebun siap di lubang. Sehingga masok bayaran
bantuan kedua. Gagal mengikut piawaian RISDA.
3) Bekalan baja juga gagal di hantar mengikut piawaian kerja RISDA.
4) Pengerusi RISDA mencemarkan imej dengan menjaja cerita " DSAI" dalam perjumpaan dengan pekebun kecil. Setiap kali RTC hadir telah dengar desas desus berkata bahawa Pengerusi RISDA modal ceramah dia adalah kisah " DSAI".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan