Selasa, 16 Mei 2017

PAS perosak dari dulu



Mereka dipercayai membaiah kepada parti dan pemimpin mereka. Baiah ini mengikat mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan al-Quran.

Tunku memilih individu yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Kebanyakannya berpelajaran Inggeris. Hanya beberapa orang sahaja dari ulama-ulama Umno dipilih oleh Tunku. Di waktu ini ramai dari ulama Umno pilih untuk keluar Umno dan menubuh PMIP (Pan Malayan Islamic Party). Dengan kononnya PMIP akan perjuang Islam, ramailah anggota dan penyokong Umno terpikat. Dalam PRU untuk 52 dari 98 kerusi pada 1955, PMIP menang hanya 1 kerusi. Sebanyak 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan (Umno, MCA dan MIC).

Yang jelas dari rekod ini ialah pencapaian PAS merosot teruk apabila bersendirian, tetapi sebaliknya apabila berpakat dengan DAP, pada 1999, 2008 dan 2013 PAS mendapat kemenangan tertinggi iaitu 27 pada 1999, 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.

Bahawa al-Quran melarang berpakat untuk membuat jahat, dan sebaliknya berpakat hanya untuk amal makruf tidak sedikit pun dipedulikan oleh PAS dan pemimpinnya. Sekarang PAS akan bertanding kononnya untuk melawan Umno, tetapi sebenarnya untuk memberi kemenangan kepada Umno. Sama ada dedak terlibat atau tidak wallahu a’lam. Allah Subhanahu Wata’ala Maha Mengetahui.

[SUMBER BAHAN BERITA ]





1 ulasan:

powertrain1648 berkata...

Tuhan bg otak suh kau pakai bkn kopi pasta jer...rasanya elok kekal mancing jerla..bkn blog pn jd lidah fitnH