Selasa, 28 Jun 2016

UMNO PAS pergunakan ugama dalam politik



Adakah melayu di Malaysia ini berfikiran matang dalam ugama dan politik . Atau sekadar " Pak Turut " pada pihak tertentu sahaja. Setelah sekian lama mendapat kemerdekaan tetapi melayu masih di buai dengan sejarah " putar alam " dan islam yang taksub dengan " ABUYA " tertentu.

Bila ada yang menyatakan UMNO dan PAS mempergunakan  ISLAM untuk tujuan politik , pengikut UMNO dan PAS berkeras menafikan . Juga UMNO dan PAS lebih cenderung berpolitik mengikut kaum dalam suasana politik negara . Bukan menidakan kepentingan kaum dan negara.


Bila ingin mengubah kadar denda " peminum arak " di Kelantan terpaksa meminta kebenaran pusat  ( meminda perundangan yang tertinggi dalam negara ). Apa makna selama ini PAS sibuk memperjuangkan HUDUD jika hudud tidak bolih di laksanakan mengikut Perlembagaan Negara.Melayu lebih peka berkaitan menyentuh anjing dari penyelewengan pimpinan negara dan skandal-skandal yang merosakan ekonomi negara.

Dimanakah akidah Melayu Islam bila meletakan rezeki mereka pada UMNO.Dimanakah kefahaman Melayu Islam dalam perlaksanaan HUDUD jika tidak memahami perundangan ... Peresiden UMNO telah berkata tidak akan melaksanakan HUDUD , ia juga merupakan Perdana Menteri Malaysia.




Sedarlah wahai melayu jika kamu selalu dibuai dengan nyanyian " anak kecil main api" sepatutnya kamu sedar siapa yang menjual hasil bumi kepada pihak lain , siapa yang menggadai negara ke pihak lain.



Tiada ulasan: