Isnin, 11 Januari 2016

PILIHAN UNTUK PAS


    Sebagai pengundi saya berpandangan PAS mempunyai 3 pilihan dalam PRU 14 . Ia itu

1)  bersama kumpulan Pakatan Harapan
2)  bersama kumpulan Barisan Nasional
3)  bertanding sendirian dan bertanding semua kerusi DUN dan PARLIMEN.


Jika PAS bertanding hanya segelintir kerusi bermakna PAS membodohkan pengundi dengan perjuangan menegakkan Hukum Hudud dalam negara Malaysia. 

 



Pengundi telah mual dengan sogokan cerita - cerita fantasia dan propaganda yang ketinggalan zaman. Sekarang bukan era dengan bahan - bahan sebegini.Pengundi menilai pentadbiran / pengurusan kerajaan yang sekarang mempunyai perbandingan. Ketelusan dan kecekapan pentadbiran yang setiap tahun sentiasa di belengu dengan ketirisan dan penyalah guna kuasa . Berbagai isu - isu yang menampakan ketidak cekap pentanbiran yang terkini isu BAUKSIT .

   Perkataan yang aneh di siarkan adalah " KERAJAAN PEMBANGKANG " . Hendak di kata  Bahasa Melayu bukan , Bahasa Malaysia bukan , atau Bahasa Melayu UMNO barangkali. BN dan PAKATAN merupakan KERAJAAN DAN PEMBANGKANG . Nanum hampir tiada langsung kedengaran perkataan " Pembangkang di Selangor , Penang , Kelantan " dalam sidang DUN. Laporan hanya menyebut BN negeri tersebut . 





Dalam PRU 14 pengundi lebih tertumpu berkaitan urusan pentadbiran yang lebih meyakinkan rakyat. Cerita momokan DAP Cina Kominis lebih menunjukan kerendahan pemikiran propaganda pihak BN. Hak pengundi menentukan siapa yang membentuk kerajaan . Karajaan perlu mentadbir dengan telus dan cekap dan tidak membebankan rakyat dengan kerenah pimpinan kerajaan. Bila rakyat menukar kerajaan , tidak ada membawa maksud menderhaka kerana KERAJAAN DI PILIH OLIH RAKYAT.

Tiada ulasan: