Rabu, 18 November 2015

sepetang bersama orang lama..

Hari ni sambil minum petang bersama bekas pembaca berita RTM  seangkatan Harjit S Hullon , Wan Chik Daud iaitu Kamarudin Ahmad.

Dalam bual kedai kopi , dia menyatakan sudah sampai masa rakyat berfikiran terbuka. Kita sepatut malu dengan Thailand yang mata wang mereka lebih baik dari Malaysia begitu juga Indonesia. Mereka juga bertukar pimpinan di peringkat pusat namum pengurusan mereka baik . Kita dari merdeka sampai kini di tadbir olih Perikatan dan kini di kenali Barisan Nasional. Saban tahun masalah penyelewengan dan ketirisan terus menghantui pentadbiran kerajaan.

Kenapa rakyat tidak menukar pucuk kepimpinan peneraju negara. Ini bukan satu kesalahan , malah rakyat berhak berbuat demikian untuk memastikan pengurusan negara lebih baik. Lihat apa yang berlaku di Selangor , Pulau Pinang , Kelantan . Dulu kedah dan Perak merasa juga. Yang bertukar adalah pengurusan tertinggi saja seperti exco dan ahli lantikan anak syarikat kerajaan . Kenapa rakyat ditakutan dengan kemusnahan kuasa RAJA BERPELEMBAAGAAN . Hendak mengubah enakmen  jenayah syariah pun susah nak di lakukan , itu perkara cabang sahaja .

Kita sudah merdeka begitu lama , namun pemikiran rakyat masih di belengu . DEB yang di katakan membantu melayu , kemana sebenarnya. Kini  1M  ( satu malaysia ) tapi setiap hari memburukan kaum . Bagaimana untuk mencapai kemajuan yang sebenar kecuali pada golongan tertentu sahaja.

Rakyat perlu menunjukan arah kepada pemimpin politik supaya mereka beringat kuasa mereka dari rakyat. Usah menakutkan rakyat yang bersuara dengan berbagai akta yang melindungi pihak tertentu .

Terpulang kepada rakyat untuk memikirkan , bila pilihan raya mereka pandai memujuk bila berkuasa rakyat di tutup mulut. Jika berubah kepimpinan negara , pasti mereka akan berhati hati untuk menjaga rakyat agar pemerintahan mereka kekal .


Tiada ulasan: