Selasa, 12 Ogos 2014

DSAI TGHH LGE celiklah dari buaian mimpi

Apa yang berlaku di Selangor seharusnya di ambil pengajaran olih PAS,PKR dan DAP.Kelebihan kerusi tidak menjamin kekal menguasai kerajaan.DSAI , TGHH dan LGE mesti celik dari mimpi - mimpi yang indah.



Sebarang kenyataan melibatkan Pakatan Rakyat hendaklah di buat secara bersama. Sesama parti usah saman menyaman dan tunjukan persafahaman yang jitu. Jangan ada hero antara Pakatan kerana rakyat melihat kepincangan persafahaman dalam pertelagahan. Jangan beri ucapan yang menyentuh parti kawan.
Amat rugi dengan kelebihan kerusi tetapi tidak menguasai kerajaan. Semua pemimpin perlu berundur setapak dan melangkah dengan seiring.Bertindak mengikut saluran dan perundangan agar nampak tdak cacat dalam perbuatan. Ambil contoh bagaimana Terengganu yang mendapat majoriti mudah tetapi berjaya menukar MB.


Apa guna mempunyai kelebihan kerusi jika tiada kuasa. Apa guna Pakatan Rakyat jika ketua-ketua tak sepakat. Asyik berlaga sesama mereka. Jika sayang dengan PR untuk menguasai negeri laksanakan dengan teliti. Ketiga - tiga pemimpin perlu mengadap Sultan bersama. Usah di harap pada satu parti saja.

Tiada ulasan: