Pernah anda fikir begini
Jika dikatakan pembaziran dan merugikan rakyat.. BN sendiri pernah lakukan semasa ingin melantik Abu Hasan Omar sebagai MB Selangor menggantikan Muhammad Muhd Taib.Kenapa UMNO tidak memikirkan pembaziran masa itu.
Dalam kemelut pimpinan PKR Selangor dan kemelut pimpinan UMNO sendiri maka peluang ini di ambil olih PKR untuk strateji mereka . Disamping menyelesaikan masalah pimpinan Selangor juga menentukan Selangor menjadi kubu kuat buat PKR.
Walau dikatakan sebagai wayang ... pengarah wayang tersebut ( DSAI ) menjadikan pemimpin BN / UMNO Selangor cukup tertekan sebenarnya. Noh Omar sendiri sebelum ini gagal merampas Selangor dari PR walaupun pengerusi perhubungan UMNO di terajui sendiri olih Najib.Di Selangor sendiri mungkin UMNO sudah terbahagi kepada kumpulan Najib dan menentang Najib dalam kemelut UMNO sendiri.
Kenapa PKR yakin dengan DUN Kajang ???? . Melihat DUN dan Parlimen sekitar ( Hulu Langat , Sepang dan Serdang ) memberi ruang yang jelas kepada PKR / PR memenangi kerusi tersebut. Samada DSAI di lantik sebagai MB atau pun tidak , pengaruh beliau di Selangor akan menyukarkan BN / UMNO untuk merampas kembali Selangor dari PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan