Sabtu, 19 Oktober 2013
melayu selalu di perguna atau melayu mudah lupa atau melayu memang leka
Timing' pengumuman Laporan Audit Negara dan juga keputusan kalimah Allah begitu menarik ditambah pemilihan UMNO hujung minggu ini...
Ulamak dunia dan Malaysia berbeza pendapat tentang penggunaan kalimah Allah oleh Belum Muslim dalam penerbitan mereka dan kita raikan kedua-duanya. Full stop...
Namun tidak pula saya ketahui adanya khilaf tentang hukum penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang membabitkan jutaan ringgit yang telahpun terbukti melalui Laporan Audit Negara.
Muslim yg awalnya fokus pada Laporan Audit Negara kini beralih fokus kepada kalimah Allah dan mungkin selepas minggu ini, tentang keputusan Pemilihan UMNo dan seterusnyanya isu penyelewengan dalam Laporan Audit Negara dilupakan, sebagaimana yang terjadi saban tahun. Tahun depan pula penyelewengan sekali lagi akan dilaporkan dan kita akan huhahuha seminggu dua dan kemudian lupa.
Andai Laporan Audit Negara dikeluarkan sebelum PRU, keputusannya mungkin berbeza. Tiada juga tindakan dan komen dari ulamak parti kerajaan & tiada menteri yg dipertanggungjawabkan sebagaimana yang disarankan oleh Tun Mahathir. Muslim mudah lupa, kot...???
(sumber )
https://www.facebook.com/pages/Firdaus-Wong-Wai-Hung-Official/285669801544013?ref=stream&hc_location=stream
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan